Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini..

Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini..
link : Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini..

Baca juga


Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini..

Pembunuhan Kim Jong-Nam: Ucapan pertama Siti Aisyah selepas dibebaskan
Siti Aisyah bebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah hari ini. - Gambar fail

KUALA LUMPURTiada kata yang dapat diucapkan oleh Siti Aisyah, 26, bagi menggambarkan betapa gembiranya beliau apabila detik yang ditunggu selama ini akhirnya termakbul hari ini.


Selepas hampir setahun ditahan dan dituduh atas dakwaan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, gadis berasal dari Serang, Indonesia itu kini mampu mengukir senyuman apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini melepaskan beliau tanpa membebaskan.


Dalam sidang media pertama beliau sejurus selepas dibebaskan, Siti Aisyah yang memakai tudung berwarna merah jelas tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin dari Indonesia dan Malaysia kerana membebaskan beliau, hari ini.

“Perasaan saya sangat bahagia dan tidak menyangka kerana hari ini saya telah dibebaskan.
“Terima kasih kepada Presiden saya (Joko Widodo), terima kasih kepada menteri-menteri, dan kedutaan Indonesia yang telah melantik peguam dari Malaysia.



“Juga terima kasih kepada pemimpin di Malaysia kerana membebaskan saya,” katanya dalam sidang media, pada Isnin.
 Ketika ditanya oleh pemberita perkara pertama yang akan dilakukan oleh beliau selepas dibebaskan, Siti Aisyah berkata, "saya mahu bertemu dengan keluarga."


Mengikut pertuduhan, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong-Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari 2017.



Jong-Nam didakwa dibunuh dengan senjata kimia maut iaitu agen saraf VX.
Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Untuk rekod, istilah dibebaskan tanpa dilepaskan bermaksud pendakwa raya boleh jika mahu untuk mendakwa semula tertuduh. (AA)


Sobat baru saja selesai membaca :

Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/ucapan-saisyah-pembunuh-lelaki-korea-ini.html

Subscribe to receive free email updates: