Judul : Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'.
link : Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'.
Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'.
PRESIDEN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MJMM serta IRIMM, Abdul Rani Kulup Abdullah dan Amir Amsaa Alla Pitchay menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penganjur Women's March pada Sabtu lalu di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR 11 Mac - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur perarakan 'Women's March' sempena Hari Wanita Sedunia yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kelmarin.
Laporan polis tersebut dibuat kira-kira pukul 2 petang oleh Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, perbuatan penganjur perarakan itu melanggar ajaran agama Islam di negara ini.
"Mereka mengambil kesempatan menggunakan Hari Wanita Sedunia itu sebagai platform untuk memperjuangkan golongan LGBT dengan melaungkan 'hidup LGBT' serta mengibarkan bendera pelangi.
"Mereka ini sebenarnya telah memperdayakan pihak polis apabila kononnya mahu memperjuangkan hak-hak wanita tapi dalam masa yang sama mereka selitkan agenda jahat perjuangan golongan LGBT," katanya, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan ini.
"Kami gesa Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta mereka yang menyertai tersebut.
"Mereka sudah mencemarkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini apabila menuntut hak yang tidak wujud sama sekali untuk golongan yang mereka sokong itu," ujarnya.
"Dalam perarakan Women's March kelmarin, penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dirakam mengambil kesempatan melaungkan slogan seperti 'Hidup LGBT' dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan terhadap golongan itu.
"Tindakan itu mengundang rasa marah dalam kalangan masyarakat kerana didakwa semakin melampau dan mencabar undang-undang serta kesabaran umat Islam kerana menyokong pergerakan LGBT. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/sokong-terbuka-lesbian-2-ngo-lapor.html