Judul : Pemimpin PH Yang Gambarkan Islam Ganas.
link : Pemimpin PH Yang Gambarkan Islam Ganas.
Pemimpin PH Yang Gambarkan Islam Ganas.
KETUA Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab soalan para wartawan pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 13 Mac - Orang bukan Melayu menggambarkan Islam ganas kerana kenyataan pemimpin-pemimpin DAP dari Pakatan Harapan (PH) yang mengaitkan kerjasama UMNO dan Pas dengan kumpulan Taliban.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kenyataan tersebut dipercayai ingin menakutkan rakyat kerana pemimpin-pemimpin berkenaan bimbang dengan kerjasama UMNO dan Pas.
“Pas sudah terbukti sudah memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan kita tidak dengar orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan atau tertekan di negeri-negeri ini.
“Jadi tak timbul isu umat Islam atau bukan Islam akan dipinggirkan dan diketepikan. Ini semua untuk menakutkan rakyat kerana mereka bimbang kerjsama UMNO dan Pas ini jika diteruskan mampu menumbangkan kerajaan PH,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Baru-baru ini, Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak mendakwa kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan. - UTUSAN ONLINE.
Sobat baru saja selesai membaca :
Pemimpin PH Yang Gambarkan Islam Ganas.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pemimpin PH Yang Gambarkan Islam Ganas. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pemimpin PH Yang Gambarkan Islam Ganas. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/pemimpin-ph-yang-gambarkan-islam-ganas.html