Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?

Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?
link : Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?

Baca juga


Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?


PETALING JAYA – Penyingkiran bekas pengerusi DAP Selangor, Tony Pua daripada jawatankuasa negeri itu “sudah dijangkakan ramai” kerana beberapa keputusannya untuk parti itu “tidak boleh diterima” golongan veteran, kata penganalisis politik.
Prof James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, kekalahan Pua sudah diramalkan media Cina.

“Ahli lama DAP sangat berpusatkan Cina dan tidak suka perubahan yang dibawakan pemimpin baharu seperti Pua,” katanya merujuk keputusan Pua pada 2008 untuk membuka parti itu kepada lebih ramai profesional bukan berbangsa Cina.

Beliaut turut merujuk kesungguhan Pua melatih ahli DAP yang tidak berpendidikan Cina untuk menjadi pemimpin parti itu.

“Mereka (veteran) masih hidup dalam cara pemikiran lama. Ia adalah perpecahan lama antara asas Cina dan mereka yang mahu membawa DAP ke arah berbilang kaum. Ia bukan di Selangor sahaja, negeri lain juga berdepan masalah sama.
“Ada orang lama yang berpendidikan Cina dan mereka tidak suka pemimpin berpendidikan barat yang tidak mempertahankan budaya dan bahasa Cina.”

Ahad lalu, Pua yang tidak mempertahankan jawatan pengerusi negeri, hanya mendapat 292 undi, tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor.
Chin menggesa penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi perhatian terhadap trend itu.
Katanya, jika mereka tidak membawa DAP ke arah berbilang kaum, parti itu akan mempunyai masa depan terhad dan hilang popularitinya.
Daripada keseluruhan 724 undi yang diperolehi dalam Konvensyen DAP Selangor 2018, Exco Selangor, Ng Sze Han meraih undi terbanyak, iaitu 491 undi, diikuti Tiew Way Keng (463 undi) dan Ronnie Liu (442 undi).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mendapat 393 undi, dipilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baharu.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin memberi sokongan kepada Pua. Kedua-dua menteri itu menyertai politik pada dekad lalu atas dorongan Pua.
Bagaimanapun, pakar geostrategi politik, Dr Azmi Hassan dari Sekolah Perdana di Universiti Teknologi Malaysia berkata, “agak pelik” Pua yang merupakan setiausaha politik Guan Eng tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor.
Katanya, Pua sepatutnya dipilih menganggotai jawatankuasa itu sebagai “tanda terima kasih” terhadap khidmatnya kepada parti itu.

“Punca paling utama mungkin perwakilan mahu menghantar mesej kepada Guan Eng, wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli DAP berhubung hala tuju DAP di bawah kepimpinannya.
“Ada juga kemungkinan perwakilan berpendapat Pua tidak boleh bekerja dengan Pengerusi DAP Selangor yang baharu, Gobind.
suatu“Apapun sebabnya, ia agak jelas pengaruh Pua di Selangor dan DAP nasional semakin pudar.” – FMT


Sobat baru saja selesai membaca :

Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/12/tony-pua-disingkir-suatu-mesej-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: