Judul : Masjid Babri India, Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan.. Ada Kaitan Subang Jaya?
link : Masjid Babri India, Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan.. Ada Kaitan Subang Jaya?
Masjid Babri India, Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan.. Ada Kaitan Subang Jaya?
PULUHAN ribu pelampau Hindu berhimpun untuk desak pembinaan sebuah kuil di atas masjid purba. - Foto EPA
AYODHYA: Puluhan ribu pelampau Hindu berhimpun, semalam, untuk pembinaan sebuah kuil di kawasan suci yang dipertikaikan di mana sebuah masjid dimusnahkan pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan berdarah.
Ramai penunjuk perasaan yang berpakaian oren dan membawa parang melaungkan ‘Segala puji bagi Ram’ berkumpulan di Ayodha, utara negeri Uttar Pradesh di mana banyak kumpulan Hindu menuntut supaya kuil besar dibina untuk Tuhan mereka.
Penganjur menjangkakan 300,000 penunjuk perasaan menyertai tunjuk perasaan di Ayodha dan dua bandar India lain dengan ramai daripada mereka tiba dengan bas dan kereta api.
Penganjur menjangkakan 300,000 penunjuk perasaan menyertai tunjuk perasaan di Ayodha dan dua bandar India lain dengan ramai daripada mereka tiba dengan bas dan kereta api.
Langkah keselamatan turut dipertingkatkan dengan kira-kira 5,000 anggota polis tambahan dikerahkan ke beberapa kawasan tunjuk perasaan terutamanya di Ayodha.
Ramai penganut Hindu percaya, kawasan itu adalah tempat kelahiran Ram dan masjid purba yang berada di situ selama 460 tahun dibina, selepas kuil terdahulu dimusnahkan.
Pelampau Hindu merobohkan Masjid Babri pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan di seluruh India yang menyebabkan ribuan maut kebanyakannya Muslim.
Lokasi itu kekal menjadi titik pergaduhan antara penganut Hindu dan penduduk minoriti Muslim yang ramai di India dan tunjuk perasaan itu dianjurkan dua minggu sebelum sambutan ulang tahun ke-26 pemusnahan masjid terbabit. - AFP
Masjid Babri yang diruntuhkan oleh pelampau Hindu yang merusuh pada 1992. Hiasan yang sudah dibuat untuk kuil yang mahu dibina.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun depan di India, parti Perdana Menteri Narendra Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) dan banyak kumpulan Hindu rakan BJP mula meningkatkan tuntutan mereka membina sebuah kuil di lokasi dipertikaikan yang didakwa tempat lahir dewa Ram.
Kumpulan Hindu mendakwa sebelum pemerintah Muslim membina masjid di sana pada 1528, ada sebuah kuil dibina di tapak sama. Masjid itu didakwa satu penghinaan kepada Hindu dan amat memalukan kerana mereka gagal membina kuil di salah satu tapak paling suci bagi agama Hindu.
Dilaporkan, orang Hindu semakin kurang sabar sudah tiba masanya sebuah kuil besar dibina bagi dewa Ram. Kedua-dua pihak Hindu dan Muslim telah menghantar petisyen menuntut Mahkamah Agung India menyelesaikan masalah ini.
Kawasan yang dipertikai itu kini dipagar dan diletakkan bawah kawalan mahkamah. Perhimpunan di Ayodhya pada Ahad akan disusuli dengan perhimpunan lebih besar di New Delhi. Sentimen Hindu ini turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang Islam di Ayodhya dan kawasan sekitarnya.
Apakah kecoh pergaduhan di Subang Jaya subuh tadi yang dilaporkan ada kena mengena dengan hal ini?

Sobat baru saja selesai membaca :
Masjid Babri India, Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan.. Ada Kaitan Subang Jaya?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Masjid Babri India, Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan.. Ada Kaitan Subang Jaya? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Masjid Babri India, Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan.. Ada Kaitan Subang Jaya? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/masjid-babri-india-pelampau-hindu.html