Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil

Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil
link : Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil

Baca juga


Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil



KUALA LUMPUR – Berlaku pergaduhan di antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan Kuil Sri Mariamam di USJ USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya. Subuh hari ini.
Menurut Facebook Polis Daerah Subang Jaya, pergaduhan berpunca daripada salah faham di antara dua kumpulan sehingga mengakibatkan anggota polis mengawal untuk mengelakkan rusuhan.
“Punca kejadian adalah perselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan isu perpindahan Kuil,” tulis pejabat polis daerah dalam suatu kenyataan di Facebook
Polis IPD Subang Jaya juga menasihatkan, “orang ramai tidak membuat apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang.”
“Keadaan adalah baik dan terkawal,” kata hantaran itu.
Beberapa video mula tular di media sosial menunjukkan sebilangan kumpulan terlibat dalam insiden pergaduhan itu, polis antirusuhan juga telah ditempatkan di kawasan tersebut.
Penganut hindu di kawasan itu dilaporkan berkumpul di kuil bersia lebih 140 tahun itu untuk melindunginya daripada dipindahkan.
Kuil itu sepatutnya telah dipindahkan pada 22 November yang lalu.
Rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak 2007 selepas tanah itu dibeli oleh One City Development Sdn Bhd.
Pada tahun 2014, penghakiman dengan persetujuan di mahkamah memutuskan syarikat One City dan dua kumpulan yang bersaing untuk menguruskan kuil itu bersetuju memindahkan tempat ibadat penganut Hindu itu ke atas sebidang tanah, kira-kira tiga kilometer dari tapak asal.
One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Walau bagaimanapun, para penganut terus menentang usaha memindahkan kuil itu yang dilaporkan telah wujud sejak tahun 1891.-SuaraTv


Sobat baru saja selesai membaca :

Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/kecoh-pergaduhan-di-subang-jaya-sebab.html

Subscribe to receive free email updates: