Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim

Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim
link : Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim

Baca juga


Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim

Hasil carian imej untuk Tua Ibrahim

KUALA TERENGGANU – Pas melihat hukuman sebatan yang dilaksanakan di Terengganu itu mencapai objektif apabila sakitnya terasa ke seluruh negara.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya dukacita atas kenyataan dikeluarkan kerajaan berhubung hukuman tersebut.
“Kerajaan mestilah menyokong segala usaha bersifat pencegahan, bukan hanya menghukum pesalah sebab sebatan syariah tidak melukakan kulit, tidak mencederakan.
“Ada yang kata mengaibkan. Kita semua tak tahu siapa dua orang tersebut, kita tak kisah pun siapa dia dan kita tak ambil peduli siapa dia jadi tak timbul soal mengaibkan dia.
“Tapi yang penting, hukuman tersebut mempunyai nilai syariah ketakutan masyarakat. Dirotan di Terengganu, sakitnya di seluruh negara. Inilah hebatnya hukum ALLAH SWT,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-59, hari ini.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut melahirkan kebimbangan apabila melihat sebahagian umat Islam tidak mengambil kisah soal jemaah yang diwakili.
“Sedikit kebimbangan secara peribadi saya melihat apabila munculnya dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam yang tidak kisah jemaah apa yang mereka wakili? Wadah apa yang mereka perjuangkan?
“Tidak merasa berdosa melawan hukum ALLAH. Tidak merasa bersalah menentang peraturan ALLAH. Mengkritik sembrono seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH yang menurunkan peraturan,”katanya.
Dalam pada itu katanya, ukuran kejayaan bagi Pas sebenarnya bukan berdasarkan bilangan kerusi di menangi dalam pilihan raya mahupun jumlah negeri yang diperintah.
“Tapi ukuran kita sejauh mana masyarakat kembali kepada Islam. Sejauh mana masyarakat mentaati Islam, mencabut ketakutan kepada Islam iaitu Islamphobia yang ditanamkan musuh-musuh Islam,” katanya. – Sinar Harian






Sobat baru saja selesai membaca :

Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Sebat Di T'ganu Capai Objektif, Kerana Sakitnya Seluruh Negara -Tuan Ibrahim link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/sebat-di-tganu-capai-objektif-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: