Judul : PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar..
link : PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar..
PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar..
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
SEHINGGA sekarang tidak ramai pemimpin yang sanggup bubar parti sendiri. Namun ia bukan perkara pelik kerana pernah ada dalam catatan sejarah.
Kesemuanya boleh dikatakan membabitkan pemimpin Umno. Apa alasan mereka sanggup bertindak begitu. Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada pelbagai isu.
"Kita berhadapan banyak masalah, ada yang buat laporan polis, buat sidang media... saya tak nak ulas panjang," katanya seperti dilapor web berita.
Apa pula kisahnya tiba-tiba Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertindak sedemikian. Hari ini beliau dilapor mengumumkan Bersatu Negeri Sembilan dibubarkan. Alasannya kerana dilimpahi banyak masalah. (Foto atas: Pemimpin Bersatu Negeri Sembilan.)
"Kita guna pakai keputusan bubar Bersatu yang telah tertubuh awal untuk Negeri Sembilan kerana kita ada banyak masalah,” ujarnya.
Kata Menteri Dalam Negeri itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) nasihatkan bubar dan lantik semula pimpinan di peringkat negeri.
Nampaknya era Malaysia Baharu perkara yang jarang berlaku sebelum ini pun muncul sekarang.
Sebelum ini seorang lagi pemimpin Umno juga pernah bubar parti sendiri. Ditubuhnya parti baru itu kerana gagal mengalahkan seorang lagi pemimpin Umno.
Pada 1987 berlaku perebutan jawatan Presiden Umno antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Namun Ku Li tewas hanya kekurangan 43 undi.
Regunya juga rebah. Dato’ Musa Hitam juga tewas di tangan Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden. Babak pertelingkahan antara kedua-dua ‘team’ itu berakhir setelah Umno diharamkan Mahkamah Tinggi.
Hakim Dato’ Harun Hashim memutuskan Umno dibubar kerana muncul ahli yang tidak sah. Perwakilan berkenaan dibiarkan mengundi pada mesyuarat perwakilan Umno.
Berikutan pengharaman itu Ku Li cuba menghidupkan Umno lama 1946. Namun gagal. Bagaimanapun Ku Li tidak putus asa, sebaliknya beliau mendaftar pula nama Parti Melayu Semangat 46.
Manakala Dr Mahathir pula menubuh Umno Baru. Dr Mahathir masih mengatasi rekod Ku Li keupayaan menubuh banyak parti baharu.
Selepas berjaya menghidupkan Umno Baru pada 1987 tiba-tiba pada 9 Mei lepas Dr Mahathir cuba mematikan parti itu sekali lagi.
Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu cuba mematikan Umno Baru dengan melahirkan Bersatu pada 8 September 2016. Mungkin tindakan Dr Mahathir lebih bermaruah berbanding Ku Li.
Berdasar retetan itu bermakna Dr Mahathir kali kedua menubuh parti baharu. Berbeza dengan Semangat 46 dimatikan Ku Li pada Mei 1996 selepas menyerah diri secara ‘en bloc’ kepada Umno.
Dr Mahathir lebih pintar kerana tidak mematikan Umno tanpa batu nisan. Sebaliknya beliau menubuh Bersatu bagi menyaingi Umno. Akhirnya parti Melayu itu tersungkur pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.
Bagaimanapun ketika baru menjejaki usia dua tahun, Bersatu Negeri Sembilan tiba-tiba dibubar. Alasan Muhyiddin kerana Bersatu negeri bernombor itu bermasalah.
Episod Bersatu gugat Anwar
Episod itu berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang mendaki tangga untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Biar pun diberi alasan Bersatu Negeri Sembilan ada penyakit, namun Muhyiddin ada pertimbangan lain. Beliau sebenarnya mahu menobatkan Tan Sri Dr Rais Yatim mengetuai Bersatu Negeri Sembilan.
Gambaran yang berlaku itu boleh diconggak Bersatu seperti tidak restui langkah Anwar.
Muhyiddin memulakan episod menyingkirkan orang lama bagi menghangat lagi ragam Malaysia Baharu. Strategi mengejutkan itu dicetus ketika adegan pukul memukul dan membaling kerusi memeriahkan pemilihan PKR.
Apakah ia benar-benar isyarat awal kepada Anwar. Tidak mudah untuknya menggantikan Dr Mahathir, biar pun tempoh dua tahun selepas PRU14 semakin hampir.
Lebih-lebih lagi timbul keraguan seseorang itu boleh bertanding mana-mana pilihan raya selepas 5 tahun pengampunan diberi. -HARAKAHDAILY 27/9/2018
Sobat baru saja selesai membaca :
PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/pd-bersatu-gugat-anwar-bersatu-ns-bubar.html