Judul : Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen?
link : Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen?
Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen?
AIDCNews -26/12/17 –Bagi menghadapi PRU 14 yang bakal diadakan tidak lama lagi, PAS Selangor telah membayangkan akan mengambil kembali kerusi Parlimen dan DUN yang pernah dipinjamkan kepada PKR pada PRU sebelum ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata partinya bersedia untuk bertanding di 42 kerusi DUN dan 20 kerusi Parlimen di peringkat negeri.
Sedangkan pada PRU 13, PAS Selangor bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen sahaja.
Ini bermaksud pada PRU 14 nanti, PAS Selangor bukan sahaja bakal mengekalkan calon di tempat yang pernah ditandingi sebelum ini, malah bakal bertanding di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang telah dipinjamkan kepada PKR sebelum ini.
“Contoh kerusi DUN Sementa yang sekarang diwakili (ADUN PKR) Dr Daroyah, dahulunya kerusi PAS.
“Sekarang dalam keadaan kita (PAS) tidak ada hubungan politik (dengan PKR), PAS (Selangor) telah membuat keputusan yang telah diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri (Ustaz Sallehen Mukhyi) bahawa PAS akan bertanding 42 kerusi DUN dan sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen, “kata Roslan Shahir.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/pas-sgor-ambil-balik-kerusi-dipinjam.html