Judul : K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah..
link : K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah..
K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah..
TAWAU – Ketua Puteri UMNO Tawau Nazliah Ali hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung kenyataan fitnah terhadap dirinya oleh tiga akaun Facebook.
Beliau berkata fitnah yang turut tular di aplikasi WhatsApp itu kononnya beliau merupakan wanita yang ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menyeludup dadah ke republik itu merupakan satu pembohongan, tuduhan jahat dan tidak berasas terhadap dirinya dan parti UMNO.
“Tuduhan itu mengaibkan serta menjatuhkan maruah saya sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau dan secara tidak langsung mencemarkan imej baik Puteri UMNO Sabah serta Puteri UMNO Malaysia.
“Tidak ada mana-mana anggota UMNO Tawau terlibat dengan tuduhan berat sedemikian,” tegasnya dan meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang memfitnah serta menularkan perkara tidak betul itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di IPD Tawau di sini selepas membuar laporan itu, Turut hadir Naib Ketua Puteri UMNO Sabah Zakiah Kalipunya dan kira-kira 20 anggota Puteri UMNO Tawau.
Sejak semalam tiga akaun Facebook berkenaan memuat naik kenyataan berbaur fitnah itu terhadap Ketua Puteri UMNO Tawau di laman sosial masing masing dan kenyataan tersebut turut tular di WhatsApp.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia berkaitan penahanan wanita Malaysia itu yang dikatakan dari Tawau.
Pada Jumaat lalu, portal Tribunes News melaporkan pihak berkuasa Indonesia menggagalkan usaha seorang wanita Malaysia menyeludup masuk kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu melalui pelabuhan Nusantara Parepare Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia. – BERNAMA
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/kputeri-umno-tawau-nafi-beliau-terlibat.html