Judul : Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama?
link : Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama?
Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama?
SEORANG ‘wanita’ dari Malaysia telah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017, di Melbourse, menewaskan 12 peserta lain.
Laeticia Phylliscia Raveena, yang berasal dari Kuala Lumpur memenangi hadiah baucar bernilai AS$15,000 (RM66,450) daripada Hospital Kosmetik Kamol, Bangkok pada Sabtu.
Menurut laman Facebook Miss Gay & Miss Transeksual, Laetica yang juga merupakan seorang chef turut memenangi kategori “Best in Rio Carnival Costume”.
Difahamkan, beliau akan menggunakan gelaran yang diterima untuk mempromosikanRising Star, sebuah organisasi yang ditubuhkannya untuk memberi inspirasi kepada wanita transgender berbakat untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.
Berita kemenangan Laetica turut membuatkan aktivis mak nyah, Nisha Ayub berkongsikan kegembiraan dengan mengatakan kemenangan beliau membuatkan komuniti itu berbangga dengannya.
“Tahniah kepada wakil transeksual Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena kerana memenangi pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia. Dia sememangnya layak bergelar ratu,” katanya.
Pertandingan tahunan ini adalah yang terbesar seumpamanya di Australia, khas untuk penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab hal ehwal agama di Malaysia perlu mengambil tindakan wajar ke atas warganya, apa lagi bagi menyekat budaya najis wabak 'penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender' dan lain-lain.
Sekurang-kurangnya menyatakan sikap, nasihat, mengambil tindakan undang-undang atau lain-lain.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Sobat baru saja selesai membaca :
Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/pondan-msia-johan-ratu-cantik-2017-apa.html