Judul : Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook
link : Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook
Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook 'Perodua Malaysia Company'.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.
"Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Saluran rasmi Perodua ialah laman 'MYPerodua' di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.
Perodua akan mengadakan kempen 'MYPerodua Nation' selama tiga hari bermula 20 Jan, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor.
-mstar
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"
Sobat baru saja selesai membaca :
Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/perodua-nafi-kempen-myvi-percuma-di.html