Judul : Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB
link : Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB
Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB
video yang menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun membunuh diri secara langsung tersebar di laman sosial selepas mangsa dipercayai mengalami gangguan seksual dan penderaan fizikal.
Dalam video yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi di Facebook, Katelyn Nicole Davis mendakwa ayah tirinya melakukan perkara tersebut ke atas dirinya menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk menggantung diri di taman belakang rumah ibu bapanya.
Nicole yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Cedartown di Georgia, Amerika Syarikat menyiarkan rakaman itu pada 30 Disember lalu sebelum video berkenaan dipadamkan.
Namun video tersebut sudah tersebar luas dalam laman sosial dan web, menyebabkan pihak polis mengalami kesukaran untuk memadamkan rakaman selama 20 minit itu.
Susulan kejadian tragis tersebut, pihak polis meminta semua pihak yang menyiarkan video berkenaan agar memadamkannya agar tidak mempengaruhi kanak-kanak lain dan mengganggu emosi keluarga mangsa.
Siasatan berhubung dakwaan mangsa itu telah dijalankan dan nasib ayah tirinya masih belum diketahui.
-mstar
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"
Sobat baru saja selesai membaca :
Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/kanak-kanak-bunuh-diri-secara-langsung.html