Judul : Jual Dara Anak RM3,000. Di M'sia Pun Ada..
link : Jual Dara Anak RM3,000. Di M'sia Pun Ada..
Jual Dara Anak RM3,000. Di M'sia Pun Ada..
KUCHING: Seorang ibu yang menjual keperawanan anak gadisnya yang berusia 13 tahun sebanyak RM3,000 telah dijatuhkan hukuman meringkuk dalam penjara selama 6 tahun, Isnin lalu.
Wanita berusia 47 tahun itu berasal dari Kuching, Sarawak menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Lianhe Wanbao, hari ini.
Pada 17 September 2015, wanita tersebut telah mengarahkan anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun untuk menaiki kapal terbang daripada Kuching ke Senai, Johor.
Dia kemudiannya membawa remaja itu ke sebuah hotel di Tebrau di mana mereka berdua bermalam di situ selama tiga hari.
Pada 20 September, wanita itu kemudiannya memberitahu anaknya bahawa seorang lelaki akan memasuki bilik itu dan mengarahkannya untuk memenuhi apa sahaja permintaan lelaki tersebut.
Remaja itu berkata bahawa dia enggan berbuat begitu, namun ibunya menyuruh supaya dia memberitahu lelaki itu sendiri.
Tidak lama selepas itu, wanita itu meninggalkan bilik berkenaan. Seorang lelaki masuk dan mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan itu, yang cuba untuk melawan sepanjang perlakuan terkutuk itu berlaku.
Selepas kejadian itu, wanita itu memasuki semula bilik tersebut, mengemas barangan anaknya dan seterusnya bawa remaja itu pulang ke Kuching.
Pada 6 Jun 2016, remaja itu memberitahu ayahnya tentang apa yang berlaku.
Bapanya bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, yang kemudiannya memberkas wanita itu pada 26 Ogos tahun sama.
Kata lelaki itu, dia dan anak perempuannya bersedia untuk memaafkan isterinya selagi wanita itu mengaku bersalah.
Menurut laporan akhbar China Press, penyiasatan polis mendapati suspek yang disyaki bernama Peter itu telah memberi wanita itu RM3,000 untuk melakukan hubungan seks dengan anaknya.
Bagaimanapun, Peter masih belum ditahan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pun dah ada jual dara anak. Awas satu lagi virus merbahaya menyerang negara ini. Pihak berwajib perlu bersiap sedia menangani.
(China Press/IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pun dah ada jual dara anak. Awas satu lagi virus merbahaya menyerang negara ini. Pihak berwajib perlu bersiap sedia menangani.
(China Press/IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Jual Dara Anak RM3,000. Di M'sia Pun Ada..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jual Dara Anak RM3,000. Di M'sia Pun Ada.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Jual Dara Anak RM3,000. Di M'sia Pun Ada.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/jual-dara-anak-rm3000-di-msia-pun-ada.html