Judul : Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini?
link : Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini?
Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini?
TANGKAK - Tindakan seorang bapa yang cuba berunding dengan anggota kumpulan ceti haram selepas kediaman mereka diserang menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada individu ahli kumpulan terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berusia 46 tahun yang bekerja sebagai mekanik mesin jahit telah ditikam oleh salah seorang daripada suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sejurus keluar daripada rumahnya.
“Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi pada sambutan Tahun Baru Cina, tiga suspek telah menyerang rumah mangsa bagi menuntut sejumlah hutang yang dipinjam oleh anak lelakinya.
“Bagaimanapun, ketiga-tiga ahli kumpulan terbabit turut menimbulkan kekecohan dengan membakar motosikal mangsa sebelum mangsa bertindak keluar rumah bagi melihat keadaan motosikalnya.
“Bagaimanapun tindakan berani mangsa akhirnya menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada suspek berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.
Menurut beliau, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tangkak.
Mohad Idris berkata, cubaan menjejaki ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan dan dua daripada mereka telah dikenal pasti identiti iaitu Ker Chian Hau berusia 25 tahun dan Vincent Jauy Joo Sen, 24 tahun. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah tiada kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ah long? Cuba pilih sistem perundangan Islam mengenai jenayah?
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
Sobat baru saja selesai membaca :
Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/ah-long-anak-hutang-bapa-ditikam-tiada.html