Judul : Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis
link : Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis
Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis
Pelaksanaan hukum hudud tidak sepenuhnya menjamin sifar jenayah, malah kesalahan itu juga berlaku pada zaman Nabi Muhammad, kata bekas mufti Perlis.
Datuk Dr Juanda Jaya berkata hudud tidak memberi jaminan jenayah dan masalah sosial mampu diselesaikan sepenuhnya kerana ia juga bergantung kepada beberapa faktor lain.
“Kalau orang kata kerana melaksanakan hudud, selesailah masalah sosial, orang ini orang jahil. Hudud hanyalah mekanisme untuk menyelesaikan [beberapa] masalah rakyat.
“Kalau orang memahami pelaksanaan hukum Islam akan menghasilkan masyarakat malaikat? Orang itu jahil tentang Islam.
“Maksiat dan jenayah tetap wujud pada masyarakat Islam di Madinah. Nabi wujud ketika itu dan wahyu turun, zina dan kecurian itu berlaku juga.
“Maksudnya, yang dihukum pada waktu itu ialah sahabat nabi sendiri [demikianlah evolusi perundangan berlaku],” katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.
Dewan Rakyat yang mula bersidang hari ini dijangka akan membahaskan rang undang-undang (RUU) persendirian PAS bagi memperkasakan mahkamah syariah.
RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.
Namun kerajaan dan PAS menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.
Dalam wawancara itu, Juanda juga berkata hudud tidak sewajarnya dijadikan satu-satunya sandaran untuk menangani jenayah kerana semua pihak perlu menggembleng tenaga.
“Sebab itu kita bimbang ada usaha menjadikan negara kita, negara mullah.
“Pasal apa berlaku masalah sosial? Barangkali kejahilan, kurang pendidikan, lemah dari sudut penguatkuasaan dan nasihat dalam masyarakat.
“Siapa yang perlu bertindak? Tentulah struktur dalam masyarakat. Bukan hanya perdana menteri dan menteri tetapi ketua masyarakat.
“Mana fungsi penghulu dan tuan imam? Ini dalam masjid masih berebut hendak jadi ahli jawatankuasa dan sebagainya,” katanya, kini seorang wakil rakyat Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng berkata walaupun Arab Saudi dikatakan melaksanakan hudud, namun ia tidak mudah untuk dilaksanakan.
Katanya, keindahan Islam terlihat apabila budaya memaafkan dan saling bantu-membantu agar pesalah tidak dihukum.
“Saya sudah ke Arab Saudi lebih 30 kali. Amat jarang kita tengok, malah tidak pernah tengok pun, sebenarnya.
“Pelaksanaan hukuman memang dibuat secara terbuka tetapi amat jarang kita dengar ia dilaksanakan. Contoh seperti qisas [hukuman bunuh balas], kerajaan akan memberi tempoh keluarga itu memaafkan dan gugurkan hukuman.
“Bila digugurkan hukuman, mereka akan menerima diat (ganti rugi nyawa). Kalau keluarga tidak mampu, masyarakat tolong keluarga tersebut menebus diat itu tadi.
“Kalau masyarakat tidak mampu tolong, raja akan turun membayar diat kepada keluarga tadi. Kalau mencuri kerana kelaparan, hudud terpaksa dielakkan.
“Kalau orang faham pelaksanaan ini sehingga tahap begitu, baru orang nampak keindahan agama itu sendiri,” katanya ~ MMO
Sobat baru saja selesai membaca :
Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/10/hudud-tidak-selesai-semua-masalah-kata.html