Judul : KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong?
link : KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong?
KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong?
Rentetan dari pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini yang mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong bagi mengambil alih Kerajaan sedia ada..
Presiden Wee Ka Siong melihat pengumuman Anwar itu seolah-olah mensabotaj negara, ketika kerajaan sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan ekonomi.
“Sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI (Indeks Komposit Kuala Lumpur) jatuh 10.5 mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah Anwar sebagai seorang pemimpin politik “senior” sepatutnya lebih bertanggungjawab.
Hmm.. betul ke tu Wee Ka Siong?
Tengok ni..
Tengok ni..
BERNAMA Radio melaporkan Bursa Malaysia rendah secara keseluruhannya semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan selain turut sejajar dengan prestasi bursa serantau.. tak ada pun disebut kerana pengumuman Anwar Ibrahim tu..
Mohon Wee Ka Siong jangan lupa laporan dari Berita Harian pada 1 Mac 2020 ni..
KUALA LUMPUR: Aliran keluar bersih Malaysia menguasai pasaran saham pada minggu lalu, mengatasi jualan bersih lebih RM1.15 bilion berbanding RM447.9 juta pada minggu sebelumnya.Ia berikutan kemelut politik mengejutkan yang menyaksikan perebutan dalam kalangan parti politik untuk membentuk kerajaan seterusnya.Seorang penganalisis berkata, keadaan tidak stabil selama seminggu itu telah menyebab aliran keluar bersih meningkat pada Isnin apabila indeks utama, FBM Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.68 peratus atau 41.14 mata kepada 1490.06 mata, serta pada Jumaat apabila indeks jatuh 1.52 peratus atau 22.95 mata kepada 1,482.64.“Memandangkan indeks menjunam hampir ke paras terendah dalam tempoh sembilan tahun, senario terlebih jual berlaku.Bagaimanapun, risiko negatif daripada krisis politik yang berlarutan ditambah dengan kebimbangan terhadap COVID-19 akan menyebabkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran buat masa ini,” katanya.
Masa nak ambil alih Kerajaan tu tak pulak dia fikir BUrsa Saham jatuh... sekarang?
Sobat baru saja selesai membaca :
KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/09/klci-jatuh-105-mata-selepas-pengumuman.html