Judul : Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM
link : Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM
Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM
<!--more-->Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada 8.55 pagi tadi.
Perkembangan ini selepas badan anti rasuah itu menyoal 3 exco kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng, dan Jagdeep Singh Deo semalam.
Laporan penuh sila baca di SINI
Berikut adalah laporan mengenai tiga EXCO Pulau Pinang dipanggil SPRM berhubung siasatan terowong dasar laut yang dipetik dari MyMetro
TIGA anggota EXCO Pulau Pinang negeri hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini, dipercayai berkait siasatan projek terowong dasar laut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo, yang tiba sekitar jam 9.30 pagi, meninggalkan premis itu pada jam 12.01 tengah hari tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng pula memasuki premis pada jam 11.23 pagi, manakala Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dilihat tiba pada jam 2.20 petang.
Ketika ditemui media, Eng yang keluar dari premis itu pada jam 3.20 petang, berkata dia ditanya mengenai latar belakangnya serta bagi mengesahkan mengenai projek tiga jalan dan terowong dasar laut.
"Semuanya berjalan lancar," katanya, menjelaskan pertemuannya mengambil sedikit masa kerana diuruskan individu muda yang diberikan tugasan berkenaan pada saat akhir, kerana individu yang sepatutnya menguruskannya, diberikan tugasan lain.
Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula, Eng memaklumkan tidak tahu dan hanya dimaklumkan urusannya untuk hari ini sudah selesai.
Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat tiba di Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 9.55 pagi tadi bagi meneruskan siasatan suruhanjaya itu berhubung projek terowong dasar laut.
Bagaimanapun, wartawan yang menunggu di tingkat 53 sejak jam 8.30 pagi diarah meninggalkan kawasan itu dan turun ke tingkat bawah oleh pengawal keselamatan.
Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memaklumkan mereka tidak pernah menutup siasatan projek bernilai RM6.3 bilion itu, sebaliknya lima kertas siasatan dibuka, selain siasatan juga berada di peringkat akhir.
Sobat baru saja selesai membaca :
Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/07/terowong-dasar-laut-selepas-tiga-exco.html