Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata

Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata
link : Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata

Baca juga


Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata


KUALA LUMPUR – Secara prinsipnya, Kabinet Perikatan Nasional (PN) dilihat membazir kerana mempunyai seramai 70 barisan Jemaah Menteri termasuk timbalannya, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Ini, katanya, berbanding 55 menteri Kabinet termasuk timbalan menteri pada era kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad antara April 2018 hingga 23 Februari 2020.

Beliau berkata, bayangkan gaji dan elaun yang perlu dibayar kepada barisan kepimpinan PN ini yang mungkin mencecah antara RM50,000 hingga RM70,000 seorang sebulan.

“Itu belum masuk percutian dan sebagainya,” kata beliau dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dr. Ibrahim berkata, cara terbaik bagi mengelakkan cemuhan rakyat dan pembaziran wang negara dengan pelantikan begitu ramai pemimpin dalam Kabinet PN, Dewan Rakyat mesti dibubarkan.

“Dewan Rakyat mesti dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum supaya rakyat dapat membuat keputusan dan mandat baru.

“Cara ini juga merupakan prinsip moral demokrasi agar mana-mana pihak tidak boleh pertikaikan integriti kerajaan yang dibentuk, sekali gus membantu ke arah kestabilan politik negara dan menongkah persepsi geopolitik antarabangsa,” katanya.

Kata beliau, tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menteri, tetapi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diketepikan juga menjadi tanda tanya.

Katanya, Mohamad juga seorang profesional berkelulusan akauntan dan bekas anak Melayu pertama Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage dan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Boleh saja Mohamad dilantik Senator, tetapi masih wujud politiking dalam UMNO dan usaha menghalang ADUN Rantau itu atas sebab tertentu yang sudah terang lagi bersuluh.

“Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Ianya membawa erti imej UMNO sebagai parti Melayu yang bersih dan berintegriti tidak akan pulih di kaca mata golongan elit dan generasi muda.

“Patut juga dilantik wakil lain-lain kaum kerana masing-masing satu menteri dari MCA dan MIC tidak dapat meredakan perpaduan kaum,” katanya.

Beliau menyatakan, ada dalam kalangan tokoh akademik Cina dan India yang jelas pro Fasal 153 dan mengakui sejarah Malaysia adalah negara Ketuanan Melayu yang boleh dilantik.

Dr. Ibrahim menjelaskan, jika dilihat dari jumlah Ahli Parlimen PN melibatkan blok PPBM, UMNO, Pas, kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, GPS Sarawak serta MCA dan MIC jumlahnya hanya 113 sahaja.

“Kelebihan PN hanya dua majoriti sahaja. Sudah tentu mereka berdepan risiko untuk tumbang pada bila-bila masa agak tinggi kerana terdapat Ahli Parlimen tegar UMNO yang kecewa kerana tidak terlantik.

“Mengenali Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tentu politik akan terus bergelora dan tidak stabil, bahkan masalah ekonomi juga merupakan ancaman kerana harga minyak jatuh dan wabak Covid-19 mengancam ekonomi dunia,” katanya.

Mengenai soal integriti, kata beliau, setiap individu dalam Kabinet Muhyiddin jelas ada yang boleh dipertikaikan, namun tidak wajar menyentuh nama peribadinya.

“Anggota Kabinet lompat sana lompat sini juga dikira kurang integriti dan tidak bermoral. Ia umpama Kabinet pasang siap, bukan dari kayu jati yang dibuat secara manual atau secara tradisional,” katanya. – MalaysiaGazette


Sobat baru saja selesai membaca :

Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/03/kabinet-pn-membazir-duit-rakyat-ibrahim.html

Subscribe to receive free email updates: