Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?

Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?
link : Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?

Baca juga


Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?


Dua penganalisis politik mempunyai pandangan berbeza sama ada cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Nasional akan berlaku.

Dakwaan pembentukan pakatan baru antara PPBM, PAS dan Umno untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad akan memusnahkan harapan Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Pada 20 Jan lalu, FMT melaporkan kemungkinan berlaku penjajaran baru politik yang boleh mendorong PAS ke Putrajaya susulan pertemuan Presidennya, Abdul Hadi Awang dengan Mahathir, tetapi ia mungkin memberi kesan buruk kepada DAP dan Anwar.

Bagaimanapun, penganalisis politik Azmi Hassan berkata, kemungkinan tipis untuk pakatan baru itu ditubuhkan kerana sesetengah pihak dalam Umno tidak mahu bekerjasama dengan PPBM dan Mahathir yang merupakan pengerusi parti itu serta Pakatan Harapan.

Katanya, Mahathir dilihat “punca utama” Umno dan Barisan Nasional kehilangan kuasa di Putrajaya, manakala cadangan pakatan baru itu bertentangan mandat diberikan rakyat Malaysia kepada PH pada 2018.

“Ya, Pakatan Nasional yang baru kelihatan amat menarik, khasnya untuk orang Melayu, tetapi untuk membentuk sebuah kerajaan, anda memerlukan sokongan semua pihak. Saya tidak lihat ini sebagai permulaannya walaupun Pakatan Nasional digambarkan sebagai alternatif kepada PH,” katanya.

Beliau berkata, cadangan pakatan baru itu hanya boleh dilaksanakan dengan Umno menjadi parti lebih dominan daripada PPBM yang diketuai Mahathir – tetapi “buat masa ini, dengan Mahathir menerajui negara, saya tidak nampak sebarang cara Umno boleh mengalahkan PPBM”.

Tetapi, James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, Pakatan Nasional boleh dilaksanakan kerana 2 matlamat, iaitu menyingkirkan DAP daripada kerajaan dan menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, Hadi yang “obses” dalam memastikan DAP disingkirkan daripada kerajaan, membenarkan penubuhan kerajaan baru yang diperintah umat Islam.

Katanya, beberapa cubaan Anwar menjadi perdana menteri gagal sehingga kemenangan PH pada 2018 yang menghidupkan kembali harapannya.

“Tidak kira apa yang dikatakan rakyat mengenai kemampuan politik Anwar, Mahathir yang merupakan orang penting dalam pertukaran kerajaan pertama Malaysia.”

Katanya, kerajaan Pakatan Nasional akan mendapat sokongan pengundi Melayu, khasnya di luar bandar, tetapi bukannya golongan atasan dan pertengahan yang fasih berbahasa Inggeris.

“Majoriti umat Islam, khasnya orang Melayu di luar bandar akan menyokong cadangan ini (Pakatan Nasional) kerana propaganda DAP terlalu berkuasa dan orang Cina sedang menguasai kerajaan.”

Kemungkinan wujud pakatan baru itu dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam pada awal minggu lalu yang mendakwa Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan itu untuk cuba mengelak dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Hadi sebelum ini berkata, parti itu terbuka untuk pembentukan kerajaan Pakatan Nasional, walaupun Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa menolaknya sebagai polemik politik.

Beberapa pemimpin PH bersetuju dengan Anwar yang berkata, ia sekadar “propaganda” dimainkan pembangkang lapor FMT


Sobat baru saja selesai membaca :

Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/02/takut-kepada-dap-nak-tubuh-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates: