Judul : 2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya..
link : 2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya..
2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya..
PERDANA Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini bagi menentukan calon Perdana Menteri kelapan.
Mahathir berkata, Dewan Rakyat adalah forum terbaik untuk mendapat keputusan itu memandangkan pertemuan Ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mendapat pendirian majoriti.
"Disebabkan itu, forum terbaik adalah Dewan Rakyat untuk tentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.
"Namun, jika Dewan Rakyat gagal mendapatkan seseorang dengan sokongan majoriti, maka pilihan raya perlu diadakan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, di Putrajaya, hari ini.
Mahathir juga bersetuju jika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.
Menurutnya, jawatan itu boleh disandang Muhyiddin sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya.
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan lapor MyMetro
Sobat baru saja selesai membaca :
2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/02/2-mac-dewan-rakyat-akan-tentukan-siapa.html