46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah?

46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah?
link : 46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah?

Baca juga


46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah?


Najib Razak, bekas perdana menteri pertama yang masuk ke kandang tertuduh dalam sejarah negara, selesai membaca pernyataan bertulis bagi kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sepanjang tiga hari yang diperlukan untuk menghabiskan pernyataan bertulis 243 halaman itu, tema yang berulang bagi Najib adalah beliau tidak tahu apa yang berlaku dengan akaun banknya.

Berdasarkan pernyataan bertulis itu, paling kurang 46 kali bekas menteri kewangan itu berkata beliau tidak tahu atau tiada pengetahuan dalam perkara berkenaan kes SRC International terhadapnya.

Selain itu, paling kurang lapan kali Najib berkata beliau "terkejut" apabila maklumat berkenaan perkara itu dimaklumkan kepadanya, kebanyakannya berkenaan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang membuat keputusan berkenaan dalam soal akaun bank beliau.

Berikut adalah beberapa contoh perkara yang didakwa Najib sebagai tidak tahu atau tiada pengetahuan, serta perkara yang mengejutkannya, sepanjang tiga hari memberi keterangan.

Apa yang Najib kata tidak tahu

1) Berkenaan SRC International diasaskan oleh Nik Faisal Ariff Kamil dan Vincent Koh Beng Huat, dan hanya dipindahkan ke 1MDB pada Ogos 2011.

"Tidak, saya tiada apa-apa pengetahuan tentang perkara ini. Saya juga tidak pada mana-mana masa berjumpa sama ada dengan Nik Faisal ataupun Vincent Koh Beng Huat berkenaan SRC.

"Tidak, saya tidak tahu menahu tentang perkara ini dan hal ini adalah tidak konsisten dengan apa yang ditunjukkan kepada saya oleh 1MDB."

2) Berkenaan SRC mahu membuat pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), tetapi sebaliknya menulis surat permohonan kepada Najib.

"Tidak, saya tidak menyedari bahawa SRC merancang untuk memohon pinjaman RM3.95 bilion mahupun diberitahu bahawa surat ini akan dihantar kepada saya."

3) Rancangan SRC untuk menggunakan wang RM1.5 bilion untuk satu projek usaha sama.

" Seperti yang saya nyatakan di atas, saya juga tidak tahu menahu tentang JV (usaha sama) Aabar-SRC sehingga ia telah dilaporkan kepada saya sebagai sesuatu yang telah diselesaikan oleh Lembaga pengarah."

4) Berkenaan dokumen dikatakan daripada Najib yang memberi arahan kepada SRC International tentang bagaimana untuk menggunakan dananya.

"Ia tidak akan menjadi kebiasaan saya untuk menandatangani dokumen-dokumen ini kerana perkara-perkara ini bersifat operasi dan harus melalui resolusi Pengarah. Saya juga tidak tahu sama ada dokumen ini dirujuk kepada BMKD (Bahagian Menteri Kewangan Diperbadankan)."

5) Tindakan SRC mengeluarkan cek berjumlah RM53 juta kepada Mail Global Resources. Menurut laporan sebelum ini, firma misteri itu dimiliki oleh seorang individu yang menunaikan cek tersebut.

"Saya tidak menyedari hal ini pada ketika itu. Saya tidak tahu apakah peranan Mail Global Resources. Saya tidak faham mengapa Dennis See boleh mengarahkan Dr Shamsul berkenaan ini. Saya hanya mendapat tahu akan hal yang sama apabila ianya ditunjukkan kepada saya oleh peguam apabila perbicaraan ini bermula."

6) Berkenaan hubungan Najib dengan pengurus Ambank, iaitu Joanna Yu, Daniel Yee dan Krystal Yap.

"Tidak. Saya tidak pernah berurusan atau berkomunikasi secara peribadi dengan mana-mana individu-individu tersebut. Pada ketika itu saya ada mengarahkan (setiausaha politiknya ketika itu) Dato Azlin Alias untuk membuat kawalan dan mengawal selia dan menguruskan akaun 694 dan untuk berurusan dengan Jho Low dalam memastikan bilakah derma itu akan dimasukkan."

7) Berkenaan Jho Low yang memberi arahan kepada pegawai Ambank yang mengendalikan akaun Najib.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pada bila-bila masa memberi kuasa kepada Jho Low untuk berurusan dengan Ambank berkenaan dengan hal Akaun 694."

8) Kemasukan dana dalam akaun bank Najib.

"Saya tidak tahu berkenaan dengan butiran bagi setiap satu dan semua transaksi kredit ke Akaun 694 pada ketika itu. Akan tetapi, sebagaimana yang saya sebutkan, saya diberitahu secara berkala oleh Dato’ Azlin berkenaan dengan wang yang dimasukkan daripada luar negara dalam matawang USD yang mana maklumat yang beliau katakan diberitahu oleh Jho Low."

9) Identiti pihak yang menghantar dana ke dalam akaun Najib antara 2011 dan 2013.

"Kecuali sebagaimana dinyatakan di dalam surat ini, saya tidak tahu menahu berkenaan dengan identiti khusus penghantar dan transaksi pemindahan wang tertentu. Saya bagaimanapun diberitahu bahawa kesemua pemindahan wang asing ke dalam Akaun 694 adalah pada sepanjang masa dilaporkan kepada Bank Negara. Tiada apa-apa yang dibangkitkan kepada saya oleh Bank Negara pada ketika itu."

10) Berkenaan sumber dana Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M). Menurut laporan sebelum ini, YR1M menerima dana antaranya daripada Genting, yang mendapat urus niaga amat menguntungkan daripada 1MDB.

" Saya tidak tahu secara pastinya memandangkan YR1M diuruskan oleh lembaga pemegang amanahnya sendiri tetapi apa yang saya faham adalah bahawa YR1M menerima derma dan sumbangan daripada beberapa syarikat korporat."

11) Berkenaan akaun bank Najib yang dikeluarkan amaran pengubahan wang haram

"Saya tidak tahu akan kejadian ini. Sekiranya saya mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai perkara ini, saya akan dengan serta-merta membuat semakan berkenaan transaksi-transaksi di dalam akaun-akaun baru kerana ia akan menunjukkan bahawa saya tidak dimaklumkan mengenai perkara sebenar."

12) Kemasukan dana SRC International dalam akaun bank Najib

"Saya dengan rendah diri menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi atau keadaan yang menyebabkan dana SRC disalurkan ke dalam akaun saya dan kemudiannya dimasukkan ke dalam PBSB (Permai Binaraya Sdn Bhd) dan PPC (Putra Perdana Construction)."

Apa yang Najib kata mengejutkannya?

Sila lihat di SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 46 Kali Najib Kata 'Tak Tahu' Dalam Keterangan Mahkamah? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/12/46-kali-najib-kata-tak-tahu-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: