Judul : Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH
link : Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH
Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH
Tanjung Piai mencatat rekod sebagai prestasi terburuk dalam pilihan raya kecil (PRK) untuk mana-mana gabungan parti kerajaan di Malaysia.
Sejak tahun 1959, gabungan parti kerajaan memperoleh purata 56.25 peratus undi dalam 61 PRK yang disertai.
Angka ini tidak mengambil kira PRK yang dimenangi tanpa bertanding.
Iklan Bagi PRK Tanjung Piai, peratus undi diperoleh Pakatan Harapan berada di bawah purata itu, iaitu hanya pada 26.4 peratus.
Rekod terburuk paling hampir bagi gabungan parti pemerintah adalah pada 1988 semasa PRK Johor Bahru, yang menyaksikan BN meraih hanya 29.8 peratus undi.
Bagaimanapun, harus diperhatikan bahawa pada 1988, BN menghadapi perselisihan dalaman selepas Umno dibubarkan dan juga berdepan kritikan susulan Operasi Lalang.
Terdapat 72 parlimen yang menyaksikan PRK sejak parlimen pertama dibentuk pada tahun 1959. BN dan pendahulunya, Perikatan, memenangi 50 daripada PRK itu (69.4 peratus).
Daripada 72 PRK parlimen, 25 berlangsung semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir adalah perdana menteri antara 1982 dan 2003. Dalam tempoh itu, beliau memenangi lima pilihan raya umum.
Sebagai pengerusi PH, Dr Mahathir memenangi satu lagi PRU tahun lalu. Secara keseluruhannya, gabungan parti pemerintah di bawah Dr Mahathir menang 16 PRK dan kalah sembilan PRK.
Pada PRK Lipis 1997 BN menang tanpa bertanding.
Daripada 24 kerusi parlimen yang menyaksikan PRK, gabungan parti pemerintah yang diterajui oleh Dr Mahathir secara purata menguasai 54.37 peratus daripada jumlah undi.
Daripada empat PRK parlimen yang diadakan semasa pemerintahan kedua Dr Mahathir, PH memperoleh purata 53.54 peratus undi.
Ini bermakna peratus undi yang diperoleh PH adalah di bawah purata sepanjang beliau menerajui mana-mana gabungan parti pemerintah.
Untuk perbandingan, rekod Najib Razak sebagai peneraju BN dalam PRK adalah enam menang, dan dua kalah. Abdullah Ahmad badawi pula kalah dalam tiga PRK parlimen.. artikel penuh sila baca di SINI
Sementara itu Berita Harian melaporkan beberapa Pemimpin dari PH menyifatkan kekalahan ini adalah peringatan terbuka buat PH..
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Pakatan Harapan (PH) memberi peringatan terbuka kepada kepemimpinan PH susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.
Veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata DAP dan PH menerima kekalahan itu, namun mesej cuba disampaikan pengundi di kawasan itu tidak lagi fokus kepada isu serta masalah setempat, sebaliknya negara.
“Pengundi di Tanjung Piai bukan saja menyuarakannya bagi pihak mereka tetapi juga negara atas kekecewaan dan ketidakselesaan mereka dengan fasa pembaharuan (dibawa PH) sejak 9 Mei 2018,” katanya melalui laman sosial Twitter beliau, hari ini.
Bagi Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim, kekalahan teruk PH di Tanjung Piai membawa mesej berbentuk ‘gegaran dan letupan’.
“Jika terus tidak peduli janji Pilihan Raya Umum lalu, kalau terus bermenteri tiga suku dan buta tuli jeritan rakyat, bersedialah untuk berkerajaan tempang dan tumbang pada pilihan raya akan datang.
“Rakyat sudah muak,” katanya dalam Twitter beliau.
Sementara itu, Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, pula menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai isyarat rakyat menuntut kerajaan menunaikan janji.
“Sebenarnya, Allah menghantar peluang untuk belajar dan membetulkan keadaan. PH masih ada baki 3.5 tahun untuk berkhidmat! Masa untuk fokus semula!” katanya dalam Twitter beliau.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar 15,086 undi
Sobat baru saja selesai membaca :
Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/11/tanjung-piai-peringatan-terbuka-kepada.html