Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam

Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam
link : Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam

Baca juga


Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam


Semalam, sekumpulan ahli Parlimen BN dipercayai menghadiri mesyuarat di kediaman Azmin, disebalik khabar angin mengenai cubaan menghalang usaha memaksa Mahathir Mohamad berundur. 

Pertemuan itu, yang dikatakan “hanya makan malam” oleh satu sumber, dihadiri Hishammuddin dan kira-kira 20 ahli Parlimen BN, menurut sumber-sumber yang dekat dengan FMT.
Pertemuan ini selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai pada Sabtu, yang mana calon BN, Wee Jeck Seng dari MCA dipilih dengan majoriti besar 15,086 undi.

Dalam satu kenyataan hari ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam menuduh bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein sekali lagi mengkhinati rakyat, terutama pengundi Tanjung Piai apabila didakwa membawa 22 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat di kediaman Timbalan Presiden PKR Azmin Ali malam tadi.

Lokman berkata Hishammuddin sebelum ini menjadi orang tengah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan membawa masuk pemimpin dan ahli Parlimen Umno ke dalam PPBM.

“Apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 ahli Parlimen BN ke rumah Azmin di Presint 8, Putrajaya?

“Walaupun bukan semua 22 ahli Parlimen ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini,” katanya .

Mengulas lanjut, Lokman berkata Hishammuddin juga tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno berhubung tindakannya.

Katanya, beliau telah pun membuat laporan kepada Lembaga Disipli dan presiden Umno berhubung penglibatan Hishammuddin dalam menghasut pimpinan dan ahli Parlimen Umno menyertai PPBM pada 30 Oktober 2019.

“Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi pimpinan dan ahli Parlimen Umno untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.

“Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam PH.”

Bagaimanapun Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau yang merancang pertemuan antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan sekumpulan ahli Parlimen pembangkang, malam tadi.

Ahli Parlimen Sembrong itu turut menyatakan kesediaannya untuk disiasat parti berhubung perkara tersebut.

“Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin Ali dan ahli Parlimen pembangkang semalam tidak benar sama sekali. Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut.

“Namun, jika lembaga disiplin Umno nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan,” katanya menerusi Twitter.

Sumber laporan dari FMT


Sobat baru saja selesai membaca :

Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/11/hishammuddin-khianati-rakyat-lagi-kata.html

Subscribe to receive free email updates: