GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah...

GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah... - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah..., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah...
link : GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah...

Baca juga


GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah...


Kebanyakan pemerhati dan penganalisis politik negara berpendapat, faktor kekalahan BN pada PRU-14 ialah penangan kira-kira 1.7 juta pengundi yang pertama kali keluar mengundi.

Boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka merupakan pengguna media sosial yang tegar.

Tambahan pula, kira-kira 40 peratus pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang menjadi penentu penting dalam PRU kali ini. Percaya atau tidak, mungkin tsunami besar hadir daripada mereka ini yang telah mendominasi saluran 4, 5 dan 6 di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.

Majoriti mereka ini adalah golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) yang berdepan cabaran hidup di bandar. Mereka inilah yang terpaksa mengharungi keperitan hidup angkara Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang selain harga petrol yang tidak menentu.

Selain itu beberapa isu berprofil tinggi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal RM2.6 bilion serta polemik yang membelenggu beberapa agensi kerajaan, antaranya Felda dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), menjadi antara faktor majoriti rakyat Malaysia bertindak ‘membenam’ BN.

Menyedari isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditolak majoriti rakyat, ianya dijadikan bahan kempen dan digunakan 'semaksimumnya' oleh Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

Dari ceruk kampung sehinggalah ke bandar-bandar di seluruh negara, isu GST dimainkan. Sehinggakan Lim Guan Eng sendiri pernah dua kali menyanyi dan menari lagu GST sebagai tanda bantahan terhadap pelaksanaan cukai itu.

Pengerusi HARAPAN yang juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia suatu ketika dahulu pernah menyaksikan pembangunan tanpa perlu melaksanakan GST.

Beliau juga berkata GST meningkatkan kos sara hidup dan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan," katanya.

Menurut Mahathir, pemansuhan GST yang dirancang HARAPAN tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara.

"Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salah guna ini menjadi begitu besar menjelang PRU14," katanya.

Jadi.. sebaik sahaja memenangi PRU-14 yang juga dikatakan antara faktornya adalah disebabkan kempen GST, kerajaan PH bertindak memansuhkan cukai itu dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ramai beranggapan pada Malaysia Baharu, GST hanya menjadi sejarah.

Malangnya.. setelah setahun, entah tiba-tiba isu GST kembali diperkatakan. Ironinya, nada para pemimpin PH pula kini nampak berbeza terhadap cukai itu yang sebelum ini dikatakan sebagai zalim dan menindas rakyat.

Tun Mahathir hari ini dilaporkan berkata..

Kerajaan akan mengkaji untuk melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika itulah yang dimahukan rakyat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau rakyat merasakan ia lebih baik kita akan mengkajinya.

"(Berkenaan) GST ini, kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada (ia) lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan)," katanya ketika ditanya berkenaan cadangan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) agar cukai GST dengan kadar tiga peratus dimasukkan dalam Belanjawan 2020.

Marilah kita belajar dari sejarah...

Kisah bagaimana sebuah kerajaan baru yang dibentuk hanya bertahan satu penggal saja sudah ada di depan mata. 
Parti Demokrat Jepun (DPJ) yang muncul menjadi kerajaan popular dalam pilihan raya Jepun 2009 menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang begitu lama menguasai kerajaan. 
Namun DPJ hanya mampu bertahan sepenggal sahaja dan hilang kuasa pada tahun 2012.
Punca kekalahannya sama seperti yang kita saksikan hari ini dalam kerajaan PH. 
Antara faktor utamanya ialah krisis dalaman dan perkelahian terbuka antara anggota parti sehingga rakyat bosan dan meluat. 
Dan mereka masih menyangka bahawa rakyat masih tetap bersama dengan mereka atas sentimen bahawa tidak mungkin rakyat akan kembali semula memilih LDP untuk memerintah Jepun, kerana LDP telah memerintah terlalu lama dan diselubungi dengan pelbagai isu dan skandal sejak tahun 1955 lagi. 
Kedua, DPJ tenggelam punca dan ketidakmampuan untuk melaksanakan semua janji-janji perubahan. Mereka telah menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat Jepun, ketika sentimen kebencian terhadap LDP memuncak ketika itu. 
Akhirnya DPJ (yang terdiri dari pelbagai gabungan parti itu) terperangkap dalam paradok janji reformasi terhadap rakyat. Rakyat hanya menyaksikan perubahan parti politik tetapi polisi masih sama. 
Pada pilihan raya 2012, LDP kembali berkuasa. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan menjadi pemerintah sejak tarikh tersebut, rakyat akhirnya kembali memberi kepercayaan kepada LDP untuk mentadbir Jepun hinggalah sekarang. 
Dan LDP belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu. Ia mulai berkembang dengan meluaskan jaringan kerjasama dengan parti-parti lain seperti New Conservative Party (Hoshu Shinto) dan Buddhist New Komeito pada tahun 2003. 
Selepas kekalahan pada pilihan raya 2009, LDP kembali semula ke pentas politik nasional dan bekerjasama dengan sebuah parti New Komeito pada pilihanraya 2012. 
DPJ yang masih dibuai oleh anggapan palsu bahawa rakyat masih menyokong hanya mampu melihat kemenangan mutlak LDP kembali berkuasa. 
Mengambil kisah dari LDP ini, PH tidak boleh terlalu angkuh menganggap bahawa rakyat masih bersama dengan mereka.

Fikir-fikirkan....


Sobat baru saja selesai membaca :

GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah...

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: GST: Marilah Kita Belajar Dari Sejarah... link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/10/gst-marilah-kita-belajar-dari-sejarah.html

Subscribe to receive free email updates: