Judul : Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin?
link : Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin?
Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin?
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengulangi gesaan untuk Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat lima tahun Pakatan Harapan berakhir.
Menteri hal ehwal ekonomi itu turut menolak dakwaan beliau menemui bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein secara rahsia untuk menghalang Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir seperti dalam persetujuan antara pemimpin PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
“Kalau ada pihak yang hendak meroboh pentadbiran dan kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya kerajaan pintu belakang.
“Sepatutnya biarlah Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Azmin bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama ketika ditanya dakwaan komplot pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah yang turut mengaitkan Hishammuddin.
Beliau berkata, isu peralihan kuasa perlu dihentikan kerana ekonomi negara sepatutnya menjadi keutamaan.
“Terlalu banyak ketidaktentuan berlaku di luar sana, pelabur asing, pelabur domestik terlalu bimbang sekiranya keadaan ini berterusan. Saya harap kita hentikan perbincangan tentang peralihan kuasa.
“Tumpu sepenuhnya masa untuk bangunkan ekonomi dan membantu rakyat. Beri sokongan padu kepada Mahathir untuk terus memimpin kerana ini dapat beri jaminan kepada pelabur bahawa politik Malaysia stabil.” lapor FMT
Sobat baru saja selesai membaca :
Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/10/biar-dr-m-jadi-pm-hingga-penggal-ph.html