Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?

Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?
link : Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?

Baca juga


Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik pertama kali ditemui penulis setahun lalu. Ketika itu beliau hadir di Institut Integriti Malaysia untuk merasmikan persidangan berkaitan integriti dan perpaduan. Pertemuan pertama memperlihatkan beliau seorang rendah diri dan mesra.

Meskipun Allahyarham masih baru dalam arena politik dan dalam pentadbiran kerajaan, tetapi memperlihatkan karisma untuk perjalanan lebih jauh dalam politik. Tetapi beliau telah meninggalkan semua lebih awal.

Sebelum meneruskan bicara politik, diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan juga kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan juga parti beliau iaitu PPBM dan Pakatan Harapan.

Sebaik berita sedih kehilangan beliau tular, orang ramai khususnya peminat politik sudah mula bercakap mengenai pilihan raya kecil mandatori, yang perlu diadakan bagi kawasan Tanjong Piai.

Ketika dihubungi sebuah akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Harun berpendirian tidak akan mengumumkan apa-apa mengenai pilihan raya kecil sehingga semuanya selesai. Beliau mahu menghormati keluarga Allahyarham.

Pun begitu parti-parti politik utama, kerajaan dan juga pembangkang, sudah mula bersedia bagi menghadapi pilihan raya kecil secara langsung atau secara tidak langsung. Tanjong Piai akan aktif secara berperingkat mulai minggu ini.

SPR dijangka akan membuat pengumuman menjelang akhir bulan ini bagi memutuskan keperluan pilihan raya kecil.

Bagi PH ini merupakan pilihan raya keempat tahun ini selepas Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Pilihan raya kecil kedua bagi PPBM selepas Semenyih.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata PH akan berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Md Farid, Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, semua jenteri PH perlu bekerja keras, baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

“Kita akan menghadapi PRK Tanjung Piai dan ia menjadi ujian besar kepada kita dalam PH. Bagi mengenang jasa, budi dan sumbangan Md Farid, kita mesti mengembleng tenaga dan menggerakkan jentera untuk memastikan kerusi Tanjung Piai dipertahankan,” katanya.

Md Farid, 42, yang juga naib ketua Bahagian PPBM Tanjung Piai, meninggal dunia sekitar 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Undi rosak lebih besar

Beliau memenangi kawasan Tanjung Piai dengan menewaskan penyandangnya, Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (PAS) pada pilihan raya umum 9 Mei 2018. Md Farid memperoleh 21,255 undi, Wee (20,731) dan Nordin (2,962). Md Farid merekodkan majoriti 524 undi. Dengan bilangan keluar mengundi 85.7 peratus undi rosak pula 841.

Kawasan parlimen itu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018. Daripada itu 56.8 peratus merupakan orang Melayu, Cina (41.64 peratus), India (1.01 peratus) dan baki adalah lain-lain.

Undi rosak sebanyak 841 dicatatkan lebih tinggi daripada majoriti calon memenangi kerusi itu. Kerusia Parlimen bernombor 165 terletak di penghujung Semenanjung, sebelah kiri negeri Johor.

Satu lagi pilihan raya kecil yang menarik untuk disaksikan ketika suhu ketegangan dalam pelbagai sudut agak tinggi pada masa sekarang.

Negeri Johor merupakan tempat kelahiran Umno, yang menandatangani perjanjian kerjasama dengan PAS lebih seminggu yang lalu di premis Umno iaitu PWTC di ibu negara. Umno tidak menjangka ia akan kehilangan kubu kuat politik – Johor dalam pilihan raya umum lalu. Keadaan berubah. Mengejutkan banyak pihak.

Dalam beberapa minggu lagi, kemungkinan besar awal November ini, akan ada pilihan raya kecil bagi pengundi Tanjong Piai memilih wakil rakyat baru. Satu ujian besar kepada PH ketika masih ramai cuba memahami makna dan signifikan Piagama Muafakat Nasional yang ditandatangani Umno-PAS lebih seminggu yang lalu.

Umno-PAS dilihat akan meneruskan kerjasama sebagaimana dilihat dalam tiga pilihan raya kecil lalu, mengelakkan pertindihan persaingan, sekali gus membawa kemenangan kepada Umno, parti dominan Barisan Nasional (BN). Adakah MCA akan memberi laluan kepada Umno untuk bertanding sebagaimana disaksikan di Cameron Highlands. MIC tidak bertanding sebaliknya Umno menurunkan calon. PAS juga tidak bersaing seperti di Semenyih dan Rantau.

Calon PAS memperoleh 2,962 undi – lima kali ganda undi majoriti. PAS akan menyokong calon BN dan Umno selari dengan semangat Piagam Muafakat Nasional?

Bagi PPBM ini ujian kedua bagi membuktikan populariti parti itu di tengah-tengah aliran sokongan kepada PH yang dikatakan mengalami penurunan disebabkan pelbagai isu keberkesanan pentadbiran, pergolakan politik dalaman dan sentimen perkauman dan agama yang semakin menebal.

Pilihan raya kecil Tanjong Piai diibaratkan ulangan pilihan raya kecil Johor Bahru yang mengisi lembaran sejarah politik negara akhir 1980-an semasa Umno berhadapan dengan krisis paling teruk dalam sejarah.

Tumpuan kembali ke Johor. Pilihan raya kecil yang sudah parti menarik. Dari Rantau, Negeri Sembilan ke Tanjong Piai.

Sumber dari SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/09/tanjung-piai-mampukah-ph-kekalkan.html

Subscribe to receive free email updates: