Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah...

Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah... - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah..., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah...
link : Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah...

Baca juga


Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah...


Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan pada 15 Mei lalu memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka.

“Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri.

“Isu yang penting ialah integriti, adakah harta yang diperoleh itu dengan cara yang halal atau melalui penyelewengan. Jika ia diperolehi dengan cara salah, ia tetap salah,” katanya.

Menurut Nasrudin, pengisyiharan harta ini bukanlah wajib seperti penjawat awam, sebaliknya terbuka untuk sesiapa yang ingin isytihar.

“Isytihar harta ini terbuka, bukan suatu yang mewajibkan. Lagipun pemimpin Pas bukannya kaya pun,” katanya lapor Sinar di SINI

Berita Harian pula pada 28 Jun 2019 melaporkan...

PAS mahu mengkaji secara mendalam tujuan kerajaan mengemukakan cadangan mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun parti itu bersetuju secara prinsip terhadap cadangan itu, ia mahu tahu apa tujuan sebenar undang-undang berkenaan hendak diwujudkan. 
“Secara prinsip kami tidak ada masalah untuk isytihar harta. Tetapi kita akan lihat bentuk usul dan tujuan usul terbabit, apakah munasabah atau tidak? Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan, kerana ramai pendengki kata Rasulullah. 
“Dalam Islam harta akan ditanya dari mana (sumber) kamu dapatkan harta dan ke mana kamu belanjakan harta. Apakah di tempat yang halal atau haram. 
“Kata Saidina Ali, harta yang halal akan dihisab dan yang haram akan diazab,” katanya

Tiba-tiba hari ini bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong membentangkan usul bagi mewajibkan semua Ahli Parlimen serta pasangan dan anak mereka mengisytiharkan aset masing-masing menjelang 1 Oktober ini.

PAS berpendapat bahawa pengisytiharan harta akan menjejaskan keselamatan harta dan individu tersebut, di samping akan menimbulkan rasa dengki terhadap pihak lain.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai merujuk usul yang akan dibentangkan kerajaan di parlimen. 
“Ia melibatkan isteri, anak-anak.. kalau kita lihat dalam Islam, hadis nabi sebut, Tuhan bagi kamu harta, jangan kamu heboh kepada orang ramai kerana dengki orang ramai.
“Soal keselamatan bila kita isytihar, keselamatan harta dan invididu perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. 
“Apa asas pengisytiharan harta? Negara kita dah ada undang-undang dan ada akta-akta cukup yang sedia ada. Hasil-hasil (pendapatan) masih kita lapor kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) setiap tahun. 
“Saya fikir tak ada keperluan. Pembangkang tak ada akses kepada projek-projek kerajaan. Apa keperluan isytihar? Kalau pihak kerajaan betul (perlu), kerana ada akses kepada kerajaan untuk ambil projek. 
“Kita tak sokong usul ini melainkan dipinda satu landasan undang-undng dalam akta. Kalau motion (usul) sahaja no point (tak ada makna).

"Jangan gopoh, kita kaji implikasi. Jangan kita terdesak, kita buat nanti tarik balik. Kena teliti sebelum bentang,” katanya.

Hmmm... kenapa?.. takut ke?

Kata Tuan Ibrahim, tiada keperluan bagi ahli parlimen pembangkang untuk mengisytiharkan harta, memandangkan mereka tiada akses kepada projek-projek melibatkan kerajaan.

Tuan Ibrahim lupa ke bahawa Kelantan dan Terengganu dikuasai oleh PAS sekarang ni..?

Kan Nasruddin dah kata tu.. "Pemimpin Pas bukannya kaya pun,”.. jadi kenapa nak timbulkan isu keselamatan kalau tak kayapun?

Tapi... tahun 2015 dulu.. Malysiakini melaporkan

PAS menuntut Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta susulan laporan mendakwa terdapat pergerakan tunai daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri. 
Parti Islam itu juga menuntut isteri perdana menteri Rosmah Mansor mengambil tindakan sama susulan laporan sensasi dan mengejutkan media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) hari ini. 
“PAS menggesa Najib untuk mengambil langkah strategik – iaitu melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama isterinya untuk membersihkan nama segera. 
“Bank-bank yang dinamakan perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta ini supaya ia nampak telus dan berwibawa,” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Hmm.. kena kat kepala orang lain boleh pulak?.. bila kena kat kepala sendiri berbagai hujah dikeluarkan..


Sobat baru saja selesai membaca :

Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah...

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Dulu PAS Tuntut Najib, Rosmah Isytihar Harta.. Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah... link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/07/dulu-pas-tuntut-najib-rosmah-isytihar.html

Subscribe to receive free email updates: