Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar

Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar
link : Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar

Baca juga


Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar


YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berdepan satu lagi kontroversi apabila muncul satu video menunjukkan kakitangannya diugut agar tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).
Video yang berlegar di media sosial semalam menunjukkan seorang individu didakwa sebagai seorang pemimpin kanan Yapeim berucap kepada kakitangan dalam satu acara di sebuah hotel.

Ia merakam suara hadirin ketawa apabila individu berkenaan dengan nada bergurau menyatakan beliau akan memeriksa satu persatu undi setiap kakitangan Yapeim.

Malah terdapat juga suara dalam rakaman itu yang menyahut dengan menyebut “undi rahsia” apabila mendengar gurauan itu.

Namun sahutan dan ketawa itu tidak lagi kedengaran apabila individu tersebut menyatakan dengan tegas bahawa penyokong PH tidak layak berkhidmat dalam yayasan tersebut.

Sebaliknya, kakitangan yang menyokong PH perlu memohon kerja daripada DAP, kata individu tersebut dalam rakaman sepanjang kira-kira dua minit itu.

“Kalau anda mengundi Pakatan Harapan, anda tidak layak duduk di Yapeim. Pergilah cari kerja dengan DAP,” kata individu tersebut.

Video tidak bertarikh itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 – sewaktu gabungan PKR, Amanah, DAP dan Bersatu berkempen untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Ia selanjutnya menunjukkan individu tersebut memberi amaran bahawa jawatan dalam Yapeim tidak akan wujud tanpa sistem sedia ada, yang dipercayai merujuk kepada pentadbiran BN.

Malah beliau juga akan hilang jawatan jika kerajaan diambil alih, kata individu itu lagi yang memakai baju berwarna biru dalam rakaman tersebut.

“(Kita ada) sebabnya sistem sedia ada. Kalau kerajaan bertukar bermakna kita pun tidak ada. Percayalah.

“Saya sudah pasti tidak ada (jawatan) kalau kerajaan bertukar. Yang ada di depan anda ini semua pun tidak ada. Balik kampung, tanam kangkung,” katanya lagi dalam rakaman tersebut.

The Malaysian Insight sedang mendapatkan penjelasan daripada pegawai kanan Yapeim yang didakwa sebagai individu yang berucap dalam rakaman berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Mohd Daud Bakar ketika ditanya mengenai perkara itu semalam enggan mengulas mengenai video tersebut.

Pegawai yang didakwa sebagai individu dalam video berkenaan juga sedang bercuti, kata Mohd Daud.

Video berkenaan muncul sewaktu Yapeim berdepan pelbagai publisiti buruk bersabit dengan dakwaan penyelewengan dalam organisasi berkenaan, yang disiasat kerajaan.

The Malaysian Insight sejak minggu lalu mendedahkan penyelewengan dana Yapeim termasuk untuk membayar saman pengarahnya yang juga bekas pegawai Najib Razak, tanpa kelulusan ahli lembaga pemegang amanah.

Pelan tindakan dan penstrukturan semula Yapeim, yang dilihat The Malaysian Insight, turut mendedahkan ketua pengarah dan pegawai kanan yayasan dibayar bonus dan gaji yang tinggi, mencurigakan dan tidak munasabah.

Mereka juga didakwa menerima elaun daripada anak-anak syarikat yang didakwa melantik diri mereka sendiri sebagai ahli lembaga pengarah.

Yapeim juga dilaporkan rugi RM12 juta dalam skim gadai Ar-Rahnu setelah gagal melelong gadaian yang tidak ditebus semula.

Yapeim juga didakwa membuat keputusan bisnes tidak wajar seperti membeli bangunan di Putrajaya dengan pinjaman bank lebih tinggi daripada harga belian dan melabur tanpa perakuan jawatankuasa risiko dan pelaburannya.

Pengerusi LPA Yapeim Mohd Daud semalam mengakui berlaku penyelewengan dan salah laku dalam yayasan itu dan memberi jaminan tindakan akan diambil ke atas pelakunya.

Menurutnya Yapeim juga menyusun semula perniagaan, jawatankuasa penting untuk memelihara integriti selain menyemak semula ganjaran besar untuk pengurusan tertingginya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menyambut baik pengakuan tersebut dan berkata ia merupakan salah satu langkah untuk memutihkan Yapeim dan memulihkan kepercayaan ke atas agensi tersebut.


Sobat baru saja selesai membaca :

Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/05/video-staf-yapeim-diugut-jangan-sokong.html

Subscribe to receive free email updates: