Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu?

Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu?
link : Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu?

Baca juga


Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu?


PAS suatu masa dahulu menganggap Anwar Ibrahim mangsa fitnah tetapi hari ini menjaja fitnah itu semata-mata mahu menafikan presiden PKR itu jadi perdana menteri, kata Saifuddin Nasution. 

Setiausaha Agung PKR itu berkata, beliau terkilan melihat sikap PAS sekarang, ketika sudah berkawan dengan Umno, sangat berbeza dengan pendirian parti Islam itu semasa bersama Pakatan Rakyat dahulu.

Beliau mengenang bagaimana PAS pada suatu masa, ketika dipimpin bekas Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat sama-sama berjuang lantang menuntut reformasi ke atas badan kehakiman kerana kes Anwar.

Malah Nik Aziz juga percaya Anwar mangsa fitnah, tambahnya.

“Jadi ketika bersahabat dengan Umno ini, fiil yang Umno tak buat pun melekat pada PAS,” kata Saifuddin selepas melancarkan produk wang digital Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Payfo di Kuala Lumpur hari ini.

Saifuddin mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mempersoalkan kelayakan Anwar sebagai bakal perdana menteri kerana beliau bekas banduan.

Menurut Saifuddin, Takiyuddin tidak faham asas undang-undang selain tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Katanya, Anwar telah diberikan pengampunan penuh oleh Sultan Muhammad V dan status “bekas banduan” tidak timbul kerana ia selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“(Anwar) dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berkenaan status kelayakan beliau.

“Anwar Ibrahim juga layak untuk dicalon dan dilantik sebagai perdana menteri sesuai kedudukannya sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah,” katanya merujuk persetujuan Pakatan Harapan menamakan Anwar calon perdana menteri.

Semasa kempen pilihan raya kecil Sandakan minggu lalu, Takiyuddin dalam satu ceramah mempersoalkan sama ada Anwar sesuai menjadi perdana menteri kerana status banduan adalah status seumur hidup walaupun setelah seorang itu keluar daripada penjara.

“Ada seorang bercita-cita nak jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara tak tahu macam mana dia dapat pengampunan daripada Agong bertanding dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) di Port Dickson.

“Paksa ahli parlimen yang menang pada PRU-14 letak jawatan. Dia bertanding, dia mahu jadi PM,” katanya.

Beberapa pemimpin PKR turut mendesak Takiyuddin menarik balik kenyataan itu lapor TheMalaysianInsight


Sobat baru saja selesai membaca :

Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Dulu PAS Kata Anwar Mangsa Fitnah, Sekarang PAS Pula Jaja Fitnah Itu? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/05/dulu-pas-kata-anwar-mangsa-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates: