Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar.

Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar.
link : Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar.

Baca juga


Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar.

Imej yang berkaitan

ALLAH SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu (menjadi golongan yang) bertakwa."
(al Baqarah: 183)
Sama-samalah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas rahmat dan kurniaan-Nya sehingga kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. Betapa agung dan mulianya bulan Ramadan sehingga ianya dinanti-nantikan oleh seluruh orang yang beriman di mana jua mereka berada.
Kedatangan Ramadan juga menjelaskan kepada kita perintah Allah supaya berlumba-lumba dalam melakukan ibadah dan kebajikan (khairat). Ini termasuklah menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W melalui ibadah berpuasa di siang harinya, bersedekah, berzikir, menghidupkan malamnya dengan berterawih, tilawah al quran, munajat dan doa. Keseluruhan umat Islam memfokuskan kehidupan mereka untuk melakukan ketaatan dalam bulan ini.
Ramadan juga bulan tarbiyah. Tarbiyah dengan pelbagai peringkat jihad. Jihad melawan hawa nafsu, jihad dalam berdakwah, jihad dalam melakukan ketaatan untuk mencapai mardhatillah sehinggalah kemuncak jihad iaitu perjuangan untuk menegakkan agama Allah S.W.T.  
Ramadan adalah bulan penyatuan. Penyatuan fikrah, hala tuju dan amal yang akan membangkitkan semangat dan kekuatan untuk membela kesucian Islam daripada dicemari fahaman jahiliah, liberalisme, pluralisme dan isme-isme yang boleh menggugat kesucian aqidah. Penyatuan di atas akidah iman dan amal pastinya akan menguatkan roh dan jiwa Muslim.
Justeru, sama-samalah  kita mengisi bulan Ramadan ini dengan menggandakan ibadah dan taqarrubkepada Allah S.W.T serta memperbanyakkan infak ke jalan Allah S.W.T. Memperkukuhkan ukhuwwah persaudaraan Islam dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan.
Semoga kedatangan Ramadan pada tahun ini akan mempertingkatkan lagi ketakwaan dan darjat kita di sisi Allah S.W.T.
Selamat melakukan ibadah puasa. Puasa itu perisai.
USTAZ HJ AZLISHAM AZHAR
Ketua Ulamak
Dewan Ulamak PAS Negeri Johor - HARAKAHDAILY 6/5/2019

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014 (Siri 3)



Sobat baru saja selesai membaca :

Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Bingkisan Ramadan. PuasaIitu Perisai. -Hj Azlisham Azhar. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/05/bingkisan-ramadan-puasaiitu-perisai-hj.html

Subscribe to receive free email updates: