Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan
link : Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

Baca juga


Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan


Pada 25 Okt lepas, Najib, 65, dan Mohd Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.

Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa telah melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah "Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)" milik Kerajaan Malaysia.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama atas jawatan sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah "Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai", milik Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik Kerajaan Malaysia.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia,Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 21 Dis 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada 3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga manakala pertuduhan keempat hingga keenam pada 10 Ogos 2017, 23 Ogos 2017 dan 18 Dis 2017.

Mereka didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dan hari ini...

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion. 
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, dan Datuk K. Kumaraendran bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar. 
Bagi bulan Januari, Hakim Mohd Nazlan menetapkan tarikh 6-9 Jan, 20-23 Jan dan 27-30 Jan untuk perbicaraan. 
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan pada bulan Februari iaitu 3-6 Feb, 10-13 Feb, 17-20 Feb dan 24-27 Feb. 
Pada bulan Mac pula, perbicaraan ditetapkan pada 2-5 Mac dan 9-12 Mac manakala bagi bulan April, tarikh bicara ditetapkan pada 6-9 April, 13-16 April, 20-23 April dan 27-30 April. 
Terdahulu Jamil memaklumkan kepada mahkamah bahawa tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan sebelum ini dari 8 Julai ini hingga 22 Ogos telah dilapangkan oleh mahkamah. 
“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan yang baharu,” katanya.
Hakim Mohd Nazlan bagaimanapun berkata tarikh perbicaraan sebelum ini dilapangkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang sedang berlangsung.

Masa dia berkuasa dulu, naik turun kapal terbang saja kerjanya.. bila dah hilang kuasa naik turun tangga Mahkamah pula...

Itulah.. masa ada kuasa tak ingat dunia..


Sobat baru saja selesai membaca :

Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/05/bicara-kes-tuduhan-pecah-amanah-rm66.html

Subscribe to receive free email updates: