Judul : Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan.
link : Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan.
Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan.
Ugut: Pengerusi DAP Jerantut ditahan
KUANTAN 19 Mei - Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, Why Leong ditahan pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Selepas diambil keterangan, dia (Why Leong) dibebaskan dengan jaminan polis. Telefon bimbitnya turut dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp.
Mesej berbaur ugutan itu dipercayai susulan tindakan sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Jerantut yang menjalankan operasi membanteras penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.
Tindakan penguatkuasaan itu dipercayai menimbulkan bantahan beberapa pihak yang tidak senang dengan tindakan itu.
Isu berkenaan turut tular dalam media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biadap, biadap, biadap! Biadap betul pengerusi DAP Jerantut terhadap pihak polis yang diamanah menjalankan tugas negara, kalau betul dakwaan tersebut.
Sobat baru saja selesai membaca :
Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/05/biadap-jual-arak-ugut-ketua-polis.html