Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida

Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida
link : Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida

Baca juga


Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida


Tidak Memaksa Bertudung, Satu Pandangan Ke Belakang! - ADUN Wanita Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 April - Tular mengenai wanita tidak seharusnya dipaksa bertudung yang dikaitkan dengan seorang peguam dengan mengatakan bahawa "hanya semata-mata seseorang tidak bertudung - adakah dia akan masuk neraka? Adakah dia jadi murtad? Adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang?”

Isu berkenaan timbul rentetan buku yang ditulis oleh Maryam Lee Abdullah bertajuk ‘Unveiling Choice’ dan forum ‘Malay Women & Dehijabing’ (‘Perempuan Melayu & Pembukaan Hijab’) yang berlangsung di Kedai Buku Gerak budaya, Petaling Jaya, pada 13 April lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor menyifatkan perkara itu mengejutkan semua pihak dan bertentangan dengan norma agama, adat dan budaya ketimuran yang diamalkan sejak berzaman di negara kita.

Malah, katanya ia boleh mencetuskan pelbagai polemik, keresahan dan kekeliruan di kalangan wanita secara umumnya.

"Wanita ibarat permata yang amat mahal harganya, seharusnya ia dilindungi dan bukan untuk ditayangkan atau diperagakan secara sewenangnya di khalayak.  Tambahan perintah pemakaian tudung kepada wanita muslim adalah jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 31:  


`Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihat perhiasan tubuh badan mereka..' "

"Aurat ini merupakan suatu hak yang perlu dihormati. Jangan ada usaha atau kenyataan yang menyimpang dengan apa yang telah diwahyukan dan fitrah manusia. Jangan kita menjadi pengacau yang merencatkan kefahaman bagi wanita muslim," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Zuraida berkata, usaha kesedaraan menurup aurat sewajarnya ditingkatkan seperti contoh program `Terengganu Hijab Day' di Kuala Terengganu, baru-baru ini yang mendapat reaksi positif pelbagai pihak terutama golongan ibu bapa dan wanita. 

Beliau juga berharap supaya tiada lagi suara songsang sedemikian (isu menutup aurat) serta bersama-sama mengekalkan keharmonian yang sekian lama kita kecapi dan semoga umat Islam di negeri dan negara kita mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT jua.


Sobat baru saja selesai membaca :

Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tidak Paksa Tudung, Satu Pandangan Ke Belakang. -Zuraida link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/04/tidak-paksa-tudung-satu-pandangan-ke.html

Subscribe to receive free email updates: