Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS

Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS
link : Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS

Baca juga


Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS



TANJUNG MALIM: Umat Islam-Melayu di negara ini menghadapi cabaran berupa perpecahan umat dan kelemahan ilmu Islam disamping berdepan idealogi ciptaan musuh serta perkara yang merosakkan asas bernegara.
Demikian perkara dibentangkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Kali Ke-36 di FELDA Residence Hot Spring, Sungkai, di sini hari ini.
“Kita menghadapi cabaran parti-parti baru yang tidak terlibat dengan sejarah Kontrak Sosial. Mereka yang baru dan ada agenda ini, melupakan Kontrak Sosial ini. Nak buat apa sahaja sehingga menimbulkan ketegangan.
“Apabila saya ditanya oleh Duta Singapura pandangan PAS mengenai DAP, saya sebut DAP mengambil pendekatan yang ekstrem, ini salah, ini silap.
"Kita menerima wujudnya masyarakat majmuk. Kalau ekstrem macam ini, melanggar batas sempadan, ini boleh merosakkan hubungan,” ujarnya.
Tegasnya, Allah mewujudkan kumpulan-kumpulan Islam di seluruh pelusuk dunia yang berjuang untuk menegakkan semula Islam dan menyatukan umat Islam, namun menempuh cabaran berbeza berbanding Sahabat R.A.
Peringat beliau, Islam adalah petunjuk Allah yang tidak bergantung dengan manusia dan perlu menyedari bahawa perjuangan tidak mati dengan kematian pimpinan sebagaimana Islam terus berlangsung walaupun diwafatkan Rasulullah.
“Islam mesti diutamakan. Insya-Allah dengan tegakkan Islam, kita selamat. Kalau tegakkan Islam, (kaum) Melayu, Cina, India selamat. (Jika) tegakkan Melayu tanpa Islam, Melayu tak selamat. Semua tak selamat.
“Kita boleh bercanggah PAS dengan Umno. Ada perselisihan faham. Tetapi apabila ada perkara asas, kita mesti lupa benda yang sampingan walaupun berpat, kena sabar. Hadapi perkara asas.
“Apa yang penting, orang Islam mesti bersatu. Dan tema ‘Wa’tasimu’ kita (perlu) tegakkan. Kita lumatkan betul-betul (untuk) memahami apa makna ‘Wa’tasimu’ ini," seru beliau.
Muktamar kali ini mengangkat tema ‘Wa’tasimu’ yang bermaksud berpegang teguh diinspirasi dari ayat 103 surah Ali Imran dengan membawa mesej perpaduan ummah menerusi praktik Taawun Siyasi dengan Islam sebagai asasnya.
Majlis pada pagi ini turut dihadiri Ahli Perhubungan PAS Perak dan wakil Pemuda PAS Pusat, wakil IKATAN, juga Adun Slim River, Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib bersama Pemuda Umno Perak, wakil NGO UMMAH dan ahli akademik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. - HARAKAHDAILY 21/4/2019


Sobat baru saja selesai membaca :

Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa'tasimu - Presiden PAS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/04/fahami-dan-tegakkan-seruan-watasimu.html

Subscribe to receive free email updates: