Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang

Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang
link : Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang

Baca juga


Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang


ANWAR Ibrahim sekali lagi berkata beliau tidak sedia memikul tanggungjawab sebagai menteri kewangan sekarang, jika jawatan itu ditawarkan kepadanya, kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.

“Jika saya ditawarkan menjadi menteri kewangan sekarang saya tidak mahu jadi kerana tidak seperti dulu (ketika) kita ada banyak dana,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dulu dari 10 % sekarang 4.5 %,” katanya semasa melancarkan Tabung Bantuan Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, hari ini.

Anwar merujuk pada pertumbuhan KDNK ketika beliau menteri kewangan antara 1991 dan 1998.

Anwar, yang dinamakan sebagai pengganti perdana menteri, sebelum ini dilaporkan menyebut perkara yang sama kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Anwar, kekangan kewangan negara sekarang juga antara sebab kenapa Lim hanya mampu memberi jawapan standard jika ada pihak memohon peruntukan disalurkan.

“Jawapan yang hanya diberi Lim Guan Eng ialah kita akan lihat dulu, tidak boleh lulus sekarang kerana kita pertimbangkan dulu.

“Ini adalah jawapan yang standard, kerana kita ada masalah kewangan,” katanya.

Sempena pelancaran tabung pelajar itu, Anwar menyerahkan replika cek berjumlah RM1 juta sumbangan Prof Emeritus Dr Abdul Hamid A. Abu Sulayman, yang juga bekas Rektor kedua UIAM.

Dana tersebut akan digunakan untuk memberi elaun kepada pelajar antarabangsa di universiti tersebut antara RM500 hingga RM1,000 sebulan lapor The Malaysian Insight


Sobat baru saja selesai membaca :

Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/04/anwar-akui-sukar-tugas-menteri-kewangan.html

Subscribe to receive free email updates: