Judul : Tiada Panggung Wayang, Kurangi Gejala Sosial. Negeri Lain Boleh Ikut K'tan.
link : Tiada Panggung Wayang, Kurangi Gejala Sosial. Negeri Lain Boleh Ikut K'tan.
Tiada Panggung Wayang, Kurangi Gejala Sosial. Negeri Lain Boleh Ikut K'tan.
KOTA BHARU 20 Mac - Kerajaan Pas Kelantan hari ini memutuskan untuk tidak membuka pawagam di negeri ini bagi mengurangkan masalah gejala sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas perbincangan secara terperinci menerusi mesyuarat kerajaan negeri.
DR. Izani Husin. - UTUSAN ONLINE
“Hari ini majlis mesyuarat kerajaan negeri telah berbincang dengan begitu terperinci mengenai masalah pawagam. Kita tiada pawagam sudah lebih 30 tahun dan tiada apa- apa masalah kerana banyak sumber kalau sekadar ingin menonton cerita.
“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pawagam, namun jika kita buka ruang, penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat juga akan berdepan masalah dan perkara itu perlu diambil kira,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Izani berkata, membuka pawagam juga boleh mengundang masalah gejala sosial terutama golongan remaja yang akan pulang sehingga lewat malam.
“Kita boleh mengawal dalam pawagam, namun ketika anak-anak keluar dan pulang ke rumah selepas pukul 12 tengah malam, ini akan mengundang banyak masalah gejala sosial.
“Malah tahun ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah meletakkan fokus untuk mengurangkan gejala sosial. Jadi, kerajaan memutuskan tiada pawagam di seluruh Kelantan,” katanya.
Semalam, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mencadangkan kerajaan negeri membenarkan pembukaan pawagam patuh syariah di negeri ini selepas operasinya dihentikan kira-kira 20 tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Pas Kelantan hari ini memutuskan untuk tidak membuka pawagam di negeri itu bagi mengurangkan masalah gejala sosial.
Al-hamdulillah. Sepatutnya negeri-negeri lain di Malaysia yang mahukan kesejahteraan rakyatnya boleh ikut peraturan murni ini. Ikut peraturan Islam agama Allah, kalau tidak mahu dilebelkan ikut PAS pun!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Pas Kelantan hari ini memutuskan untuk tidak membuka pawagam di negeri itu bagi mengurangkan masalah gejala sosial.
Al-hamdulillah. Sepatutnya negeri-negeri lain di Malaysia yang mahukan kesejahteraan rakyatnya boleh ikut peraturan murni ini. Ikut peraturan Islam agama Allah, kalau tidak mahu dilebelkan ikut PAS pun!
Sobat baru saja selesai membaca :
Tiada Panggung Wayang, Kurangi Gejala Sosial. Negeri Lain Boleh Ikut K'tan.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tiada Panggung Wayang, Kurangi Gejala Sosial. Negeri Lain Boleh Ikut K'tan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tiada Panggung Wayang, Kurangi Gejala Sosial. Negeri Lain Boleh Ikut K'tan. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/tiada-panggung-wayang-kurangi-gejala.html