Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion

Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion
link : Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion

Baca juga


Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion

Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion
Bagi tahun 2019, Khazanah akan memberi tumpuan kepada mengimbangkan kembali strategi portfolio dan mengukuhkan kedudukan kewangan. 

KL: Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.

Ini merupakan kerugian pertama yang dicatat syarikat pelaburan kerajaan dalam tempoh 10 tahun.

“Keuntungan terjejas disebabkan penghapusan pelaburan yang sedikit, pengurangan pendapatan dividen dan rosot nilai yang tinggi.

“Rosot nilai direkodkan pada RM7.3 bilion pada 2018, meningkat RM5 bilion berbanding 2017,” kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam kenyataan yang diedarkan pada Selasa.

Menurut beliau, pada 2018, kerajaan memulakan pelan penstrukturan dan penyusunan semula Khazanah termasuk menukar kepimpinan dan Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan.

Susulan itu, Khazanah turut menyemak dan menilai semula pelaburan cabang pelaburan kerajaan itu.

“Perubahan ini diterjemahkan kepada prestasi kewangan Khazanah pada 2018,” kata beliau lagi.

Sementara itu Nilai portfolio Khazanah Nasional Berhad turun 21.6 peratus kepada RM91 bilion setakat 31 Disember 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya.

Nilai itu diukur berdasarkan Nilai Bersih Diselaras (NWA).

Nilai Aset Direalisasi (RAV) turut menyusut kepada RM136 bilion berbanding RM157 bilion bagi tempoh sama.

“Prestasi kami bagi 2018 terjejas disebabkan beberapa perkembangan ekonomi dan sosial semasa global dan domestik.

“Portfolio Khazanah terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global pada 2018 yang menyaksikan pasaran perlahan susulan ketegangan geopolitik serta unjuran lemah pertumbuhan negara pesat membangun,"kata Shahril Ridza lagi.

Bagi 2019, Khazanah, ujar beliau, akan memberi tumpuan kepada mengimbangkan kembali strategi portfolio dan mengukuhkan kedudukan kewangan.

Aspek berkenaan termasuk memberi tumpuan kepada aset strategik seperti lapangan terbang di bawah Malaysia Airports, konsesi lebuhraya di bawah PLUS serta Malaysia Airlines.

“Kami memberi tumpuan kepada aset strategik asas yang memberikan kesan berpanjangan kepada ekonomi Malaysia," tambah beliau. (AA)


Sobat baru saja selesai membaca :

Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Suatu Amaran.. Khazanah Nasional Bhd Rugi RM6.3 Bilion link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/suatu-amaran-khazanah-nasional-bhd-rugi.html

Subscribe to receive free email updates: