Judul : Sebar Kebencian Terhadap Islam, Konservatif Gantung 10 Ahli.
link : Sebar Kebencian Terhadap Islam, Konservatif Gantung 10 Ahli.
Sebar Kebencian Terhadap Islam, Konservatif Gantung 10 Ahli.
Konservatif gantung keahlian anggota parti ekoran Islamofobia
LONDON 6 Mac - Parti pemerintah Britain, Konservatif telah menggantung keahlian lebih 10 anggotanya selepas mereka didakwa menyiarkan komen-komen berbentuk Islamofobia atau perkauman dalam laman media sosial.
Press TV melaporkan, jawatankuasa tertinggi parti telah memutuskan untuk menggantung keahlian 14 anggota parti selepas didakwa menyebarkan kebencian secara dalam talian terhadap umat Islam, kebanyakannya di dalam Facebook yang mempunyai hubung kait dengan bekas Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson.
"Kami telah mengenal pasti beberapa individu yang juga anggota parti dan keahlian mereka digantung serta-merta," kata jurucakap Konservatif sambil menambah halaman yang ditubuhkan oleh 'peminat' Johnson tidak berkaitan sama sekali dengan parti itu.
Baru-baru ini, Dorinda Bailey yang didakwa menguruskan halaman Facebook Johnson menyiarkan isi kandungan berbentuk Islamofobia dalam media sosial itu termasuk mendesak supaya semua masjid di Britain 'dihapuskan'. (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Sebar Kebencian Terhadap Islam, Konservatif Gantung 10 Ahli.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sebar Kebencian Terhadap Islam, Konservatif Gantung 10 Ahli. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sebar Kebencian Terhadap Islam, Konservatif Gantung 10 Ahli. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/sebar-kebencian-terhadap-islam.html