Judul : PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah
link : PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah
PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah
Jacina Ardern bersama komuniti mendengar khutbah solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, New Zealand pada Jumaat. - Gambar REUTERS
CHRISTCHURCH: Ketika dunia menjadikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai contoh kepimpinan terbaik, wanita besi itu tetap tidak dapat menyembunyikan sisi lembut ketika beliau mendengar khutbah solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch pada Jumaat.
Khubah berkenaan merupakan yang pertama sejak serangan pengganas yang meragut 50 nyawa minggu lalu.
Sebaik tiba di perkarangan Hegley Park, Ardern yang hadir mengenakan baju labuh dan berselendang hitam berkata New Zealand berkabung bersama-sama anda.
"Kita adalah satu," kata beliau ringkas.
Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis.
Bagaimanapun, tumpuan kembali tertumpu kepada ibu kepada seorang cahaya mata itu apabila khatib yang membacakan khubah, Imam Gamal Fouda menyatakan penghargaan komuniti Islam kepada beliau dan pada ketika itu, Ardern dilihat cuba menahan sebak dan terharu.
"Kepada Perdana Menteri kami, terima kasih. Terima kasih atas kepimpinan anda yang kini dijadikan teladan buat pemimpin dunia lain.
"Kepada warga New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas tangisan, terima kasih atas (persembahan) haka, terima kasih atas pemberian bunga, terima kasih atas cinta dan kasih sayang anda."jelas khutbah Imam Gamal.
Sobat baru saja selesai membaca :
PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/pm-nz-jacinda-ardern-sebak-ketika.html