Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga..

Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga..
link : Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga..

Baca juga


Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga..


PASIR GUDANG: Semakin teruk. Itulah gambaran yang dapat diberikan berikutan isu pencemaran udara akibat sisa pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim, di sini.
Menteri Pendidikan dalam kenyataan pada jam 10.30 malam ini menyatakan, berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (13 Mac 2019) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah-sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sementara itu, angka mangsa yang terlibat setakat ini mencecah 566 orang, sehingga jam 7 petang tadi seramai sembilan mangsa menerima rawatan kritikal manakala selebihnya hanya ditahan wad.
Berkata kepada Harakahdaily, Timbalan Penerangan PAS Johor Azman Ithmin,Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) penuh sesak dengan pesakit bahkan ada yang terpaksa dihantar ke hospital lain.
"Tiada apa-apa tindakan dari kerajaan hingga setakat ini. Hanya sekadar tunggu dan lihat.
"Sepatutnya itulah (isytihar darurat) tapi kita hanya diberitahu sekadar tunggu dan lihat," katanya kepada Harakahdaily.
Pada 10 Mac lalu, satu jawatankuasa menangani pencemaran Sungai Kim Kim telah ditubuhkan melibatkan beberapa agensi kerajaan.
Laporan mendedahkan, Jabatan Kimia telah mengenal pasti bahawa bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim boleh menjejaskan kesihatan secara toksik yang boleh merosakkan organ tubuh dan menyebabkan kanser. – HARAKAHDAILY 13/3/2019




Sobat baru saja selesai membaca :

Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Pencemaran Makin Teruk. Tutup Semua Sekolah P/Gudang, Beerjaga-jaga.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/pencemaran-makin-teruk-tutup-semua.html

Subscribe to receive free email updates: