Judul : Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa.
link : Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa.
Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa.
Shweta Sekhon miliki aura seorang pemenang dan diyakini mampu membawa nama Malaysia dengan baik di pentas Miss Universe kelak.Aura terserlah! Gadis Punjabi Shweta Sekhon dimahkota Miss Universe Malaysia 2019
KL: Menepati ramalan, itu kata-kata penonton yang hadir pada Malam Gala Miss Universe Malaysia 2019 apabila gadis berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon diumumkan sebagai pemenang.
Berusia 22 tahun, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan penyandang Miss World Malaysia untuk edisi 2016.
Menerusi acara yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur itu, Shweta mengenepikan saingan daripada 18 peserta lain yang turut sama pamer kehebatan dan kebolehan mereka yang tersendiri.
Acara dimulakan dengan kesemua 18 peserta menggayakan pakaian mandi sebelum sepuluh peserta terbaik dipilih untuk mara ke pusingan Top 10.
Seterusnya menerusi pusingan Top 10, penonton disajikan dengan persembahan hebat daripada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid yang mengiringi kesemua 10 peserta di atas pentas memperagakan gaun malam masing-masing.
Kesemua 10 peserta di peringkat suku akhir ini seterusnya diadili untuk membolehkan juri memilih empat yang terbaik ke pusingan akhir.
Mereka adalah Shweta, Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien,25, dan Frost Yaw Hui Jing, 25.
Empat finalis yang berentap di pentas akhir, Tessminder (Tess), Shweta, Frost dan Su Lee bergambar selepas sesi sidang media.
Mengikut format acara Miss Universe sebenar, pusingan akhir ini menyaksikan keempat-empat peserta diberikan soalan sama dengan durasi masa menjawab selama 30 saat.
Nyata jawapan yang diberikan Shweta cukup membuat dirinya layak untuk digelar juara disertakan dengan aura hebatnya sewaktu berada di atas pentas.
Shweta akan mewakili negara ke pentas Miss Universe pada tarikh yang akan diumumkan oleh organisasi Miss Universe pertengahan tahun ini. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Miss Universe Malaysia adalah pesta maksiat. Di Bawah PH, sama saja dengan kerajaan bukan Islam lain tiada perubahan apa-apa, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) termaktub Islam Agama Bagi Persekutuan.
Sobat baru saja selesai membaca :
Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/miss-universe-malaysia-pesta-maksiat-di.html