Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka.

Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka.
link : Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka.

Baca juga


Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka.

Politik tanah air riuh rendah seketika

RIUH rendah seketika suasana politik tanah air ekoran kunjungan hormat YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru-baru ini.
Budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan oleh PAS meletakkan PAS dalam gerakan politik yang lebih terbuka dan dinamik.
Konsistensi PAS dalam memperjuangkan Islam telah mempertajamkan rencana semasa perjuangannya dalam menghadapi 1001 kemungkinan di pentas politik tanah air.
Pada 12 FebruarI yang lalu, kita dikejutkan dengan kenyataan berani dan terbuka YAB Tun Mahathir dengan penegasan bahawa beliau akan tukar parti lain jika ada kompenan PH yang belot kepada negara.
Tentu sahaja kenyataan YAB Tun itu mempunyai latar belakang yang sangat nyata dan menghimpit beliau sebagai ketua kerajaan pada masa ini.
nasrudinta
Saya percaya YAB Tun mula terasa lemas dan rimas dengan sikap parti-parti komponen PH sekarang khasnya DAP dan PKR dari team Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai saingan beliau untuk mengambil kerusi Perdana Menteri.

YAB Tun kelihatan seperti keseorangan dalam PH untuk mempertahankan beberapa dasar dan polisi yang melibatkan kepentingan umat Islam dan bangsa melayu di Malaysia. (Sebagai contoh, isu ICERD, isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan, isu pengijtirafan UEC dan lainnya.)
Pihak kepimpinan PAS kini menghidu gerakan terancang untuk menjatuhkan YAB Tun selaku Perdana Menteri sebelum PRU15 akan datang.
Tentu sahaja gerakan itu mendatangkan kedudukan yang lebih mudarat kepada kepentingan Islam dan bangsa Melayu jika mereka berjaya melakukannya terutama setelah dilihat bagaimana dominasi DAP dalam PH hari ini.
Justeru itu, PAS tampil juga dengan langkah terbuka dan berani memperakui sokongan parti secara bertulis kepada kepimpinan YAB Tun agar YAB Tun terus memimpin negara sehinggalah PRU15 kelak.
Sikap yang diambil oleh PAS ini adalah atas prinsip menjaga dan mempertahankan kepentingan Islam di negara ini.
Sementara sikap semasa PAS di Semenyih dalam menghadapi PRK kali ini adalah mengekalkan semangat solidariti pembangkang dan PAS telah menurunkan 2 orang Naib Presidennya, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan AJK PAS Pusat di samping PAS Negeri Selangor pastinya turun membantu BN.
Insya-Allah, saya selaku Ketua Penerangan PAS juga akan turun sedikit masa lagi atas semangat yang serupa dalam koalisi pembangkang yang baik sekali gus memurnikan makna demokrasi negara.
PAS Konsisten Pertahan Islam.
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 Jamadil Akhir 1440 | 17 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 17/2/2019


Sobat baru saja selesai membaca :

Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Presiden PAS Kunjungi Tun M, Politik Matang PAS Lebih Terbuka. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/02/presiden-pas-kunjungi-tun-m-politik.html

Subscribe to receive free email updates: