Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh

Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh
link : Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh

Baca juga


Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh

Tujuan saya jaga kerahsiaan parti, elak timbul fitnah - Nik Abduh
NIK MOHAMED ABDUH: Kita nak jaga hubungan dalam masyarakat supaya tidak mempercayai fitnah politik. - Gambar fail

KOTA BHARU: Tindakan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan suaranya dalam rakaman audio lebih setahun lalu bertujuan menjaga kepentingan parti dan pimpinan.

Malah katanya, tindakan beliau menafikan itu direstui pimpinan tertinggi Pas pada ketika itu, yang sudah mengetahui kedudukan sebenar.

Katanya, suasana pada ketika itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menuntut supaya kerahsiaan dalam parti dijaga dan tidak dijadikan bahan fitnah atau tersebar kepada pihak lawan.

"Apabila saya mengambil keputusan untuk menafikan itu, dengan niat untuk mengajar budak-budak tersebut, supaya mereka faham erti berjemaah.

"Mereka orang muda hendak tunjuk semangat kepada parti, tetapi mereka tidak sedar kelak akan menyusahkan parti.

"Ucapan saya (ketika itu) tidak ada benda yang tak betul, semuanya betul," katanya di sini pada Rabu.


Nik Mohamed Abduh mendakwa pimpinan parti sudah mengetahui mengenai rakaman suara itu sejak setahun lalu dan merestui penafian itu.

Menurutnya, kerahsiaan dalam parti berhubung soal berkenaan dipeliharanya sehinggalah timbul kelompok yang disebut beliau sebagai "budak-budak muda" yang menyebarkan rakaman audio berkenaan.

"Kita nak jaga hubungan dalam masyarakat supaya tidak mempercayai fitnah politik Pakatan Harapan (PH) masa itu dan sampai sekarang.

"Apabila masuk pilihan raya, terpaksa berdepan dengan fitnah 90 juta, sehingga kita berhabis berjuta," katanya merujuk kepada dakwaan bahawa Pas menerima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO. 


"Kalau saya bercakap benar, saya jadi bodoh. Masa itu, membuat tindakan bodoh bermakna membiarkan parti dilanda (masalah)," tambah Nik Mohamed Abduh.

Pada Selasa, Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan suara dalam rakaman audio yang antara lain menyentuh mengenai penerimaan dana dari UMNO adalah suara Nik Mohamed Abduh.


Pada 8 Feb lalu Nik Mohamed Abduh tampil memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berhubung kes dana RM90 juta itu. (AA)


Sobat baru saja selesai membaca :

Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Jaga Kerahsiaan Parti, Elak Timbul Fitnah - Nik Abduh link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/02/jaga-kerahsiaan-parti-elak-timbul.html

Subscribe to receive free email updates: