Judul : Hina Nabi: Demo Desak Penguatkuasa Bertegas..
link : Hina Nabi: Demo Desak Penguatkuasa Bertegas..
Hina Nabi: Demo Desak Penguatkuasa Bertegas..
KL: Penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W boleh mencetuskan ketegangan agama tahap tertinggi, oleh demikian pelakunya tidak harus bebas begitu sahaja.
Sehubungan itu, umat Islam Pulau Pinang akan bersolidariti dalam Demonstrasi Bantahan "Jangan Hina Nabi Kami" yang bakal diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya, 1 Mac nanti.
Menurut Pengerusi Sekretariat Himpunan Kebangkitan Ummah Pulau Pinang, Bukhori Ghazali, kesabaran umat Islam sukar dibendung lagi apabila suspek hina Nabi dibebas dengan jaminan polis.
"Kita faham polis ada SOP. Namun kenapa Menteri Agama dan lain-lain Menteri Islam dalam Kerajaan PH mendiam diri dan tidak bertindak tegas menangani isu ini?
"Wajib diingat, bagi umat Islam, harga mempertahankan maruah Nabi adalah darah dan nyawa!" tegasnya memberi amaran kepada pihak berwajib agar mengambil tindakan tegas.
Katanya, jangan sama sekali menganggap kesediaan umat Islam untuk bertolak ansur sebagai satu 'kelemahan', sebaliknya himpunan tersebut bakal melontarkan mesej kemarahan mereka. - HARAKAHDAILY 26/2/2019
Sobat baru saja selesai membaca :
Hina Nabi: Demo Desak Penguatkuasa Bertegas..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hina Nabi: Demo Desak Penguatkuasa Bertegas.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hina Nabi: Demo Desak Penguatkuasa Bertegas.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/02/hina-nabi-demo-desak-penguatkuasa.html