Judul : Hina Nabi Ancam Keharmonian Negara -Nuridah Mohd Salleh.
link : Hina Nabi Ancam Keharmonian Negara -Nuridah Mohd Salleh.
Hina Nabi Ancam Keharmonian Negara -Nuridah Mohd Salleh.
Muslimat seru sertai himpunan bantah hina Nabi
TINDAKAN melampau daripada beberapa individu yang dilihat berani menghina Nabi Muhammad SAW secara terbuka mengundang kemarahan dan kebangkitan ummat Islam.
Hal sebegini sudah tentu boleh mengancam keharmonian sesebuah negara, lebih-lebih lagi Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, berbeza bangsa dan agama. Seharusnya semua rakyat Malaysia saling hormat-menghormati pegangan dan kepercayaan masing-masing tanpa sedikit pun rasa benci dan iri hati terhadap yang lain.
Tindakan tegas pihak berkuasa kerajaan mesti diambil terhadap individu yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW supaya kejadian sama tidak akan berulang lagi, seterusnya menjadi amaran bahawa seseorang itu tidak perlu mempermainkan agama, pegangan dan kepercayaan orang lain.
Justeru, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru seluruh Muslimat PAS terutamanya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bantah Hina Nabi SAW yang akan diadakan di seluruh Malaysia secara serentak pada 1 Mac selepas solat Jumaat sebagai bukti cinta dan kasih pada Nabi kita yang tercinta.
Kepada seluruh ummat Islam, marilah kita bersatu padu mempertahankan maruah agama dengan bangkit beramai-ramai bagi menyatakan kemarahan dan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi junjungan Muhammad SAW.
Apakah kita tidak berasa sensitif terhadap apa yang berlaku dan hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat Nabi kita dicaci dan dihina? Layakkah kita mengaku ummat Nabi SAW yang pada saban masa baginda SAW, tidak lekang mengingati kita?
Semoga rasa cinta kasih dan sayang kita pada Nabi saw juga tak berbelah bahagi.
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Februari 2019 | 22 Jamadil Akhir 1440 – HARAKAHDAILY 27/2/2019
Sobat baru saja selesai membaca :
Hina Nabi Ancam Keharmonian Negara -Nuridah Mohd Salleh.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hina Nabi Ancam Keharmonian Negara -Nuridah Mohd Salleh. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hina Nabi Ancam Keharmonian Negara -Nuridah Mohd Salleh. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/02/hina-nabi-ancam-keharmonian-negara.html