Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna.

Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna.
link : Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna.

Baca juga


Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna.

Status halal: Denda hingga RM5 juta jika kelirukan pengguna
Peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam. -Gambar fail


PUTRAJAYA: Mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika kesalahan pertama dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara tersebut adalah berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.

"Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama," katanya lagi.


Tambah Mohamad Nordin, peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.

Sementara masyarakat pengguna pula hendaklah memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.

Beliau mengulas laporan Bernama pada 7 Jan berhubung kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas) Ayob Abd Majid yang mencadangkan Jakim perlu mewajibkan pengusaha restoran untuk memiliki sijil halal sebelum beroperasi.

Jelas Mohamad Nordin, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan bagi pengusaha premis makanan dan ia adalah berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.

Setakat ini, tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), tambah beliau.

"Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kpd semua premis makanan memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak," katanya lagi.

Mohamad Nordin menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal daripada Jakim bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna.

-- BERNAMA


Sobat baru saja selesai membaca :

Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Status Halal: Denda Hingga RM5 Juta Jika Kelirukan Pengguna. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/01/status-halal-denda-hingga-rm5-juta-jika.html

Subscribe to receive free email updates: