Judul : Lambakan Cili Import Jejaskan Petani, Ditambah Dengan Campurtangan K'jaan.
link : Lambakan Cili Import Jejaskan Petani, Ditambah Dengan Campurtangan K'jaan.
Lambakan Cili Import Jejaskan Petani, Ditambah Dengan Campurtangan K'jaan.
ALOR SETAR 23 Jan. - Golongan petani mampu keluar daripada kelompok golongan berpendapatan rendah (B40) sekiranya dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adil terhadap mereka dengan mengawal kemasukan produk pertanian yang diimport.
Campur tangan kerajaan terhadap isu lambakan cili diimport dari Vietnam, Thailand dan Cina baru-baru ini yang dijual murah berkali-kali ganda sehingga menjejaskan petani, adalah antara contoh bagaimana dasar kerajaan itu boleh membantu golongan berkenaan.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman berkata, peraturan penggunaan racun yang ketat dikenakan kerajaan terhadap petani tempatan tetapi sebaliknya, kepada produk yang diimport adalah tidak adil.
Katanya, ia menjejaskan persaingan antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, sebahagian besar produk pertanian yang diimport seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menggunakan racun kuat daripada kelas A, berbanding petani tempatan yang diwajibkan hanya menggunakan racun yang terkawal dan selamat.
"Maka sebab itulah produk (buah-buahan dan sayur-sayuran) dihasilkan petani tempatan adalah kelihatan kurang berkualiti dan terpaksa dijual mahal.
"Produk daripada luar negara pula lebih cantik, nampak berkualiti dan boleh dijual murah tetapi berisiko daripada sudut kesihatan. Walau bagaimanapun produk ini (import) masih menjadi pilihan pengguna," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dalam laporan akhbar hari ini yang mengakui golongan petani, pesawah, nelayan dan penternak di negara ini masih gagal mengeluarkan diri mereka daripada kumpulan ekonomi B40.
Menurut Abdul Lateh, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya 'membuka' pintu kemasukan produk diimport apatah lagi terhadap mana-mana barangan makanan yang menggunakan kadar racun yang tinggi.
Katanya, pengawalan kemasukan produk pertanian ini boleh dipelajari dari negara jiran, Singapura yang sensitif terhadap produk makanan yang diimport.
Dalam pada itu, berhubung isu pesawah beliau memberitahu, hanya dengan mengkaji semula dan menaikkan harga beras mampu membantu golongan ini.
Katanya, selain itu memberi tambahan subsidi kepada pesawah bagi meringankan beban hidup mereka.
"Kerajaan pun sudah lama tidak menaikkan harga beras. Ramai tidak sedar, subsidi yang kerajaan beri sebenarnya untuk pengguna dan bukannya pesawah," jelas beliau lagi. - UTUSAN ONLINE
ABDUL LATEH MOHD. SAMAN
Sobat baru saja selesai membaca :
Lambakan Cili Import Jejaskan Petani, Ditambah Dengan Campurtangan K'jaan.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lambakan Cili Import Jejaskan Petani, Ditambah Dengan Campurtangan K'jaan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lambakan Cili Import Jejaskan Petani, Ditambah Dengan Campurtangan K'jaan. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/01/lambakan-cili-import-jejaskan-petani.html