Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam?

Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam?
link : Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam?

Baca juga


Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam?



Mahu tiduri wanita Malaysia, 2 lelaki China ditahan 
Seorang peguam wanita mendakwa dirinya berdepan gangguan seksual daripada dua lelaki warga China ketika dalam perjalanan pulang dari Cambodia ke Malaysia, semalam. 

Mangsa, Samantha Chong, 33, mendakwa berdepan gangguan itu ketika sedang beratur di kaunter pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh apabila dua lelaki China berada di belakang dan bertindak menyentuhnya. 

"Mereka mendekati dan tersentuh saya. Saya terpaksa berpaling dan memberitahu supaya mereka menjauhi saya. "Selepas itu mereka berbual dalam bahasa Cina bahawa mereka ingin ke Malaysia untuk 'main' dengan perempuan Malaysia kerana belum pernah cuba. 
"Mereka juga menyentuh rambut dan bahagian belakang saya. Saya juga beritahu yang saya faham bahasa Cina dan minta mereka jangan mengganggu. Tetapi mereka hanya ketawa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini. 

Samantha berkata, dalam kejadian antara jam 3.20 petang (waktu Cambodia) hingga jam 7.50 malam (waktu Malaysia) itu. 

Menurutnya selepas tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dia diekori kedua-dua suspek. 

"Saya singgah di sebuah restoran, mereka datang dan duduk di belakang saya. Selepas itu kami terserempak pula selepas saya keluar tandas. 
"Apabila nampak saya, mereka mengatakan mahu cari pelacur kerana tak pernah 'main' dengan wanita Malaysia. "Saya rasa sangat takut dan melaporkan kejadian kepada pegawai Imigresen yang bertugas dan pegawai tersebut menasihati supaya membuat laporan polis. 

"Selepas itu mereka menjerit kepada saya dalam bahasa Cina dengan mengatakan saya pelacur berbaur busuk," jelasnya yang juga bekas timbalan pendakwa raya. 

Tambah Samantha, dia ingin memberi mesej kepada kaum wanita di negara ini supaya berani bertindak sekiranya diancam dengan ganggual seksual. Malaysiakini difahamkan pihak polis telah menahan kedua-dua suspek sejurus laporan diterima, malam tadi. 

"Mereka ditahan di KLIA 2 dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut," kata sumber. 

Sementara itu, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan pengesahan berhubung kejadian itu daripada pihak polis belum berhasil. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau hal ini berlaku dalam sebuah negara Islam yang merdeka dan berdaulat? Sebuah kerajaan Islam wajib menjaga dan melindungi rakyatnya. Ada hak rakyat Islam dan hak rakyat bukan Islam yang wajib dilindungi oleh kerajaan Islam.

Mari kita lihat sejarah.

Zaman Pemerintahan Al-Mu'tasim

Dalam sejarah Islam, semasa zaman gemilangnya di bawah pemerintahan khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah pada 833 hingga 842 Masehi. Sila rujuk kitab 'Al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir, terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, di bawah judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.Dilaporkan, seorang Muslimah rakyatnya dari keturunan Bani Hashim sedang membeli-belah di sebuah pasar dalam kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi yang bukan di bawah pemerintahan Al-Muktasim, di utara benua Asia. Atau tepatnya di kota Ammuriah, dalam negara Turki hari ini.


Semasa sedang berjalan itulah, Muslimah tersebut diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya. Lantas secara spontan wanita itu menjerit..

"Wa Mu'tashamah!!" Ertinya, 'Dimana kau Mu'tasim'. Dia menyeru kepada Khalifah atau kerajaannya, yakni kerajaan Islam pada masa itu. ... "Tolonglah Aku".

Takdir Allah SWT, teriakan Muslimah tersebut akhirnya sampai ke telinga Khalifah al-Mu'tasim. Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Didengarnya berita seorang Muslimah dilecehkan auratnya oleh tentera Romawi.

Khalifah itupun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana Muslimah tersebut menjerit meminta tolong. Puluhan ribu tentera pun dikerah mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga hujungnya mencapai kota Ammuriah.

Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Catatan sejarah menyatakan, ribuan tentera Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi.

Bayangkan, hanya kerana seorang wanita rakyat di bawah naungannya,yang dilecehkan rakyat Romawi dan menjerit minta tolong 'Wahai Mu'tasim" maka Khalifah tersebut tersentuh hatinya dan terbakar ghiroh tanggungjawab kepimpinan Islamnya sehingga dilancarkanlah serangan penaklukan ke Ammuriah. Akhirnya, wanita itu dapat dibebaskan. Allahu Akbar!

Zaman Nabi.

Begitu juga yang berkaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Masa itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana dan terus membunuh orang Yahudi itu sebagai balasan.

Lalu orang-orang Yahudi membalas balik dengan membunuh lelaki Muslim itu. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW, mengirimkan pasukan melawan mereka. 

Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir keluar dari Madinah. Ertinya kerajaan Islam melindungi maruah dan sensitifiti rakyatnya. Subhanallah!

Khalifah Umar bin Abdul-Aziz  

Di masa Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula, beliau pernah mengirim surat kepada para tahanan perang, orang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka:

"Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu. Dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu.  Dan andainya bukan kerana aku takut diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, tentu aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi bersukacitalah! Assalamu Alaikum. "

Begitulah juga dalam sejarah Islam masuk ke India dan lain-lain lagi. Yang penting ialah tanggung jawab dan kewajiban Islam ialah menjaga rakyatnya, apa lagi jika ia seorang wanita.

Sekian.


Sobat baru saja selesai membaca :

Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Gangguan Seks Kepada Wanita M'sia Oleh 2 Lelaki China. Kalau Islam? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/01/gangguan-seks-kepada-wanita-msia-oleh-2.html

Subscribe to receive free email updates: