68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam.

68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam.
link : 68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam.

Baca juga


68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam.


Istilah sekular tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan

BANGI, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Petisyen bagi menuntut Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam terus mendapat perhatian, apabila 68,332 rakyat sudah menandatanganinya sejak dilancarkan lebih tiga minggu lalu.

Petisyen atas talian yang menyasarkan sebanyak 75,000 tandatangan itu dilancarkan oleh Sekretariat Malaysia Negara Islam (MNI) pada 26 Disember lalu.
Selain menuntut mengiktiraf Malaysia negara Islam, ia turut menegaskan bahawa istilah sekular tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Yang Di-Pertuan Agong menitahkan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, sekaligus menafikan Malaysia sebagai Negara Sekular,” kata petisyen itu.

Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak untuk mengisytiharkan secara jelas dalam Parlimen bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan ahli-ahli Parlimen juga mesti menyokong.

Sekretariat itu berkata, pengisytiharan ini perlu berikutan terdapat laungan dan desakan bahawa Malaysia adalah negara sekular. 

“Kini, pejuang-pejuang negara sekular ini telahpun menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. 

“Malah, arus anak-anak muda yang terpengaruh dan menyokong agenda negara sekular ini juga kuat kedengaran di media-media sosial. 

“Ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam, khususnya kepada nenek moyang kita yang telah bertungkus-lumus menegakkan dan menyediakan batu asas kepada negara Islam yang kita nikmati pada hari ini,” kata petisyen itu.

Orang ramai boleh menandatangani petisyen itu dengan melayari platformwww.change.org.
 (www.ismaweb.net)


Sobat baru saja selesai membaca :

68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 68,332 Tandatangan Tuntut Iktiraf M'sia Negara Islam. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/01/68332-tandatangan-tuntut-iktiraf-msia.html

Subscribe to receive free email updates: